Profile Picture

Nur Aleya

Degree (Non Education Faculty) - Dentistry

Manipal University College Malaysia (Ongoing Study)

Ayer Keroh, Melaka

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya aleya , walaupun saya merupakan tutor yang baru memulakan kerjaya secara profesional, saya mempunyai pengalaman mengajar secara tidak formal sebagai mentor akademik dan guru mengaji di sebuah pusat mengaji . Saya juga sering membantu rakan-rakan kuliah dan pelajar sekolah dalam memahami topik-topik sukar dengan cara yang lebih mudah serta menjadu mentor dalam sub fizik dn matematik.

Kejayaan terbaik saya setakat ini adalah mengekalkan kecemerlangan akademik peribadi dengan mendapat anugerah pengetua sepnajang sekolah menengah dan memperoleh keputusan yang cemerlang dlm spm dan pointer yang tinggi semasa di matrikulasi, yang membuktikan saya mempunyai penguasaan subjek yang sangat kukuh.

Akhir sekali, Saya membawa tenaga muda, semangat yang tinggi, dan teknik pembelajaran paling terkini untuk memastikan pelajar saya sentiasa relevan dengan silibus pendidikan semasa
Teaching Method(s)
Dalam sesi pembelajaran saya, saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang unik. Oleh itu, saya menerapkan pendekatan "Differentiated Instruction" yang digabungkan dengan teknik-teknik moden bagi memastikan sesi pengajaran tidak membosankan dan mudah difahami.Seterusnya, Teknik Gamifikasi & Interaktif yang mana Saya sering menggunakan alatan digital seperti Quizizz, Kahoot!, dan Whiteboard.fi untuk menguji kefahaman pelajar secara santai. Unsur persaingan sihat dan visual yang menarik membantu meningkatkan fokus pelajar, terutamanya bagi sesi dalam talian.Selain itu , Kontekstual & Visualisasi iaitu daripada sekadar menghafal teori, saya menghubungkan topik pelajaran dengan situasi harian. Sebagai contoh, dalam subjek Matematik atau Sains, saya menggunakan analogi dunia sebenar dan bantuan alat visual untuk membantu pelajar membayangkan konsep yang abstrak agar lebih mudah dihadam.Teknik Flipped Classroom & Teknik Feynma iaitu saya menggalakkan pelajar untuk menerangkan semula apa yang mereka fahami kepada saya. Mengikut Teknik Feynman, jika anda boleh menerangkan sesuatu perkara dengan ringkas, bermakna anda benar-benar faham. Ini membina keyakinan diri mereka dan mengukuhkan daya ingatan jangka panjang.Tambahan pula, Sesi Interaktif Dua Hala iaitu saya tidak mengamalkan kuliah sehala. Sebaliknya, saya menggunakan teknik penyoalan yang mencabar pemikiran kritis pelajar, membolehkan mereka berfikir secara logik dan mencari jawapan secara mandiri dengan bimbingan saya.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Dewasa
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Membaca B. Inggeris
Darjah 3
Membaca B. Melayu
Darjah 1
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Tilawah Al-Quran
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Dewasa
Fizik DLP
Tingkatan 4
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5