Profile Picture

Hajar Aqilah *******

Sarjana Muda - Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu

Universiti Malaya (Petaling Jaya) (Graduated)

Kampung Raja, Terengganu

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Hajar. Saya mempunyai pengalaman sebagai guru ganti di sekolah rendah bagi murid Tahun 2, 5 dan 6 melalui program MyStep. Kejayaan terbaik pernah saya capai ialah murid-murid saya mendapat keputusan UPSA yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, saya yakin untuk mengajar bahasa kerana ijazah saya adalah berkelulusan dalam bahasa Melayu dan saya kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat DPLI.
Teaching Method(s)
Saya banyak menggunakan teknik kuiz dan latihan. Mula-mula, saya akan memberikan latihan dan mengajar mengikut topik perbincangan. Kemudian, saya akan meminta pelajar membuat latihan. Selesai sahaja latihan, saya akan membuat perbincangan dan menanda latihan yang diberikan. Saya banyak memberikan "sticker" penghargaan kepada pelajar sekiranya mereka berjaya menguasai topik tersebut. Kadang-kadang saya akan memberikan gula-gula atau air minuman kepada mereka. Tujuan saya melakukan perkara tersebut supaya mereka lebih yakin dan bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan serta berminat dalam sesi pembelajaran. Kaedah ini jugak dikenali sebagai Kaedah Ganjaran atau Reinforcement Learning.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 2 Darjah 5 Darjah 6