Profile Picture

Nursyahirah Maisarah *******

Sarjana Muda - Teaching English as a second language

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Nilai, Negeri Sembilan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk mengenali saya. Nama panggilan mesra saya ialah Syahirah. Saya merupakan graduan Institut Pendidikan Guru dalam bidang TESL, iaitu Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua untuk sekolah rendah. Alhamdulillah, saya secara rasminya telah memeroleh segulung Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Justeru, saya telah mempunyai pengalaman mengajar di sekolah kebangsaan sebanyak dua kali (selama enam bulan) ketika menjalani latihan praktikum sebagai guru pelatih di IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman mengajar secara dalam talian selama dua bulan kepada enam orang murid sekolah rendah yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, di bawah tajaan organisasi EWRF.

Dari segi peribadi, saya seorang yang bersikap terbuka dan sentiasa bersedia menerima pendapat daripada ibu bapa atau individu yang berpengalaman agar saya dapat menambah baik ilmu serta kaedah pengajaran yang saya sampaikan kepada murid. Saya juga berminat untuk memahami setiap keistimewaan dan bakat murid, kerana dengan cara itu saya dapat membantu meningkatkan potensi mereka untuk menjadi insan yang berjaya.

Saya percaya bahawa pengalaman merupakan asas penting dalam menilai serta memperbaiki mutu pengajaran yang diberikan. Selain itu, dengan memahami keunikan setiap murid secara lebih mendalam, saya dapat memperkasa kemahiran diri sebagai seorang pendidik demi mendidik anak bangsa pada masa hadapan.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang graduan Institut Pendidikan Guru, saya telah mempelajari pelbagai teknik dan kemahiran bagi memastikan saya mampu mengajar anak bangsa dengan berkesan. Sepanjang tempoh pengajian, saya telah mendalami ilmu serta format yang digunakan di Sekolah Kebangsaan, termasuklah DSKP, RPH, PBD (Tahap Penguasaan), UASA dan pengurusan bilik darjah. Ilmu yang telah dipelajari ini kemudiannya saya praktikkan semasa latihan mengajar di sekolah kebangsaan.
Justeru, saya telah berusaha memahirkan diri dalam aspek pengurusan kelas melalui bidang Psikologi (subjek: Child Development, Children Literacy, Professionalism, Behaviour and Classroom Management) yang dipelajari semasa di IPG, seterusnya menerapkan segala ilmu dan pengalaman tersebut dalam situasi sebenar ketika praktikum dan juga sesi tuisyen dalam talian sebelum ini.

Berikut merupakan beberapa teknik pengajaran yang telah saya amalkan sepanjang pengalaman mengajar:
1. Pengajaran Berbeza (Differentiated Instruction)
Saya menyesuaikan aktiviti mengikut tahap murid. Sebagai contoh, murid lemah diberikan sokongan seperti gambar dan ayat permulaan, manakala murid yang lebih mahir digalakkan menulis perenggan lengkap.

2. Pembelajaran Mengikut Format DSKP
Saya sentiasa merujuk Content Standard dan Learning Standard sebagai panduan utama. Setiap aktiviti yang dirancang menepati objektif DSKP, merangkumi kemahiran utama (listening, speaking, reading, writing) dan kemahiran tambahan (language arts, grammar). Ini memastikan pengajaran saya selaras dengan keperluan kurikulum KSSR.

3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD – Tahap Penguasaan, TP)
Saya mempunyai pengetahuan dalam melaksanakan penilaian berterusan terhadap pembelajaran murid mengikut Tahap Penguasaan (TP1 – TP6). TP ini penting untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid serta cara untuk saya merancang aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai untuk murid saya. 4. Gamifikasi (Gamification)
Saya mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui permainan. Contohnya, saya mencipta “Big Board Game” di mana murid boleh bermain sambil belajar menggunakan kad soalan. Mereka perlu menjawab dengan betul untuk bergerak ke peringkat seterusnya. Permainan ini juga boleh diakses secara dalam talian menggunakan kod QR serta kuiz interaktif di Canva yang saya bina sendiri.

5. Pengajaran Tatabahasa Secara Tersirat (Covert Grammar Teaching)
Saya lebih suka mengajar tatabahasa dalam konteks yang bermakna. Sebagai contoh, saya menggunakan cerita pendek dalam pengajaran, kemudian mengajak murid mencari kata kerja lampau daripada teks tersebut. Dengan cara ini, murid belajar tatabahasa tanpa rasa tertekan dengan peraturan yang sukar.

6. Pembelajaran Kolaboratif (Collaborative Learning)
Saya menggalakkan murid bekerja dalam kumpulan kecil untuk berbincang atau menyiapkan tugasan. Setiap murid diberikan peranan seperti pembaca, penulis, dan pembentang agar semua dapat terlibat secara aktif serta belajar daripada satu sama lain.

7. Flipped Classroom
Konsep ini saya amalkan terutamanya semasa sesi dalam talian. Saya menyediakan video ringkas untuk ditonton sebelum kelas. Semasa kelas berlangsung, murid terus melakukan aktiviti seperti kuiz atau perbincangan kerana mereka lebih bersedia dengan topik tersebut.

8. Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran
Saya memanfaatkan pelbagai aplikasi seperti Canva Slides untuk visual yang menarik, kuiz interaktif menggunakan Wordwall dan Kahoot, serta WhatsApp sebagai medium tugasan dan maklum balas. Penggunaan teknologi ini membantu mengekalkan komunikasi berkesan dan menjadikan pembelajaran lebih fleksibel, khususnya dalam sesi dalam talian.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris
Universiti - Ijazah Sarjana Muda Universiti - Ijazah Sarjana Muda Darjah 3