Profile Picture

Nur Azren *******

Sarjana Muda - Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Kuching, Sarawak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training Membaca

Training Matematik Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assamualaikum dan salam ceria! Saya Cg Azren 🌷 seorang pendidik yang berdedikasi dan bersemangat tinggi dalam dunia pendidikan khas dan di aliran perdana. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian dari Institut Pendidikan Guru (IPG), dan telah melalui latihan intensif semasa praktikum dan internship di sekolah rendah sekitar Melaka.

Saya percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi untuk berjaya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai dan bimbingan yang berterusan. Sebagai seorang tutor, saya dikenali sebagai individu yang kreatif dan sentiasa mencari pendekatan terbaik bagi memastikan murid-murid dapat menguasai topik pembelajaran antaranya dengan latihan bertubi, pengayaan berperingkat serta bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut tahap mereka.

Kekuatan saya terletak pada kesabaran, kerajinan dan kesungguhan dalam memastikan murid faham. Saya sentiasa menjadikan subjek yang dipelajari lebih mudah dan menyeronokkan dengan menggunakan inovasi pengajaran, teknologi digital, serta pendekatan visual dan manipulatif.

Bagi saya, setiap kejayaan kecil murid adalah suatu kemenangan besar. Saya di sini bukan sekadar mengajar tetapi juga membimbing, menginspirasi dan menyemai keyakinan dalam diri setiap anak didik saya.
Teaching Method(s)
Teknik mengajar Cg Azren yang menarik dan berkesan ✨

1. Set Induksi untuk meningkatkan persediaan murid sebelum belajar 🎯
Saya memulakan setiap sesi pengajaran dengan set induksi yang kreatif untuk menarik perhatian. Hal ini akan membina rasa ingin tahu murid terhadap topik yang akan diajar.

2. Belajar Sambil Bermain 🎮
Menggabungkan elemen permainan dan pembelajaran digital seperti kuiz interaktif, video pendek, dan aplikasi pendidikan untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami.

3. Latihan Bertubi yang Terancang 🧠
Saya menyediakan latihan ulangan secara bertubi untuk mengukuhkan pemahaman dan membina kemahiran asas secara berperingkat mengikut keupayaan murid.

4. Pendekatan Berpusatkan Murid 👩‍🏫
Memberi ruang kepada murid untuk terlibat aktif melalui pembelajaran berasaskan projek, sesi soal jawab, serta tugasan yang disesuaikan dengan tahap kebolehan individu.
Subject
Subject School Level
Matematik
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tadika
Bahasa Melayu
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Tadika
Bahasa Inggeris
Tadika
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Tadika
Reka Bentuk dan Teknologi
Darjah 4
Prasekolah - 3M
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Tadika