Profile Picture

Syazliaty Murad

Diploma Pascasiswazah - PENDIDIKAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Balik Pulau, Pulau Pinang

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Cikgu Syaz, itulah panggilan mesra saya di sekolah. Saya baru setahun mengajar, tetapi sepanjang tempoh ini saya telah berpeluang mendidik di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Pengalaman ini memberi saya banyak pelajaran tentang cara berinteraksi dengan murid yang berbeza peringkat umur serta memahami gaya pembelajaran mereka.
Antara subjek yang saya ajar ialah Sejarah dan Pendidikan Moral di sekolah menengah, manakala di sekolah rendah saya mengajar Bahasa Melayu. Saya seronok mengajar kerana setiap hari adalah peluang baharu untuk berkongsi ilmu, mendengar pandangan murid dan sama-sama belajar perkara baharu.
Teaching Method(s)
Saya mengamalkan pendekatan PAK21 dalam kelas dengan memberi peluang kepada murid untuk bekerjasama secara berkumpulan, berkomunikasi secara berkesan, menggunakan kreativiti serta berfikir secara kritis dan inovatif.
Dalam PdP, saya menggunakan bahan digital, permainan pendidikan, perbincangan, pembentangan dan aktiviti kolaboratif supaya murid lebih aktif serta dapat mengaitkan pembelajaran dengan situasi kehidupan sebenar.
Saya juga menekankan penggunaan soalan aras tinggi (KBAT) bagi merangsang pemikiran murid serta memberi ruang untuk mereka menyelesaikan masalah secara kreatif.
Melalui kaedah ini, saya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan, bermakna dan berpusatkan murid.
Subject
Subject School Level
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Darjah 2 Darjah 3