Profile Picture

Nur Atirah *******

Diploma Pascasiswazah - DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Pasir Mas, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum. Nama saya Nur Atirah. Saya berpengalaman sebagai guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Mas, mengajar subjek Bahasa Melayu, Sejarah, dan Pendidikan Seni Visual bagi pelajar Tingkatan 1 dan 2.

Kejayaan terbaik yang pernah saya capai ialah membina hubungan positif dengan pelajar dan berjaya membantu mereka memahami topik-topik sukar dengan pendekatan yang kreatif serta mesra pelajar. Saya juga menerima maklum balas positif daripada guru pembimbing dan pelajar sepanjang tempoh praktikum.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran, saya menerapkan teknik pembelajaran interaktif dan berpusatkan pelajar. Antara pendekatan yang saya gunakan termasuk penggunaan BBM kreatif seperti slaid PowerPoint interaktif, video pendek, peta minda bergambar dan kuiz dalam talian (Kahoot/Wordwall).

Saya juga menggalakkan perbincangan kumpulan, lakonan pendek dan aktiviti permainan bahasa untuk subjek Bahasa Melayu serta penghasilan karya dan kolaj seni dalam Pendidikan Seni Visual. Teknik ini membantu menarik minat pelajar, merangsang pemikiran kritis dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap topik yang diajar.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2