Profile Picture

Nazatul Anisha

Sarjana Muda - Bachelor

Management & Science University (Graduated)

Shah Alam, Selangor

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Rendah

English Primary Training

Training Matematik Sek Rendah

Training Sains Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Saya Cikgu Anis.
Saya graduan Sains Bioperubatan dengan kepujian dari Management and Science University (MSU) dan sangat suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila dapat mengajar kanak-kanak. Mengajar memang sudah menjadi salah satu benda yang paling dekat di hati saya.

Semasa di universiti, saya merupakan salah seorang pemimpin pelajar dan aktif dalam pelbagai program khidmat masyarakat serta aktiviti outreach. Salah satu pengalaman yang paling bermakna bagi saya adalah apabila berpeluang mengajar subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains kepada kanak-kanak Orang Asli.

Dengan mempunyai soft skills yang kukuh dan pengalaman-pengalaman seperti ini, ia banyak membentuk cara saya berkomunikasi dengan murid-murid secara mesra, menarik dan mudah difahami. Saya benar-benar percaya bahawa setiap anak akan lebih menyerlah dalam suasana pembelajaran yang selesa, dihargai dan disokong sepenuhnya dan saya komited untuk mewujudkan suasana tersebut dalam setiap sesi yang saya jalankan.
Teaching Method(s)
Gaya pengajaran saya sangat berteraskan pembelajaran visual, di mana saya menggunakan gambar berwarna-warni, ilustrasi yang menarik serta bahan interaktif bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami. Saya juga gemar menggunakan lagu, akronim, serta situasi kehidupan sebenar yang dekat dengan dunia kanak-kanak bagi membantu mereka memahami dan mengingati konsep penting dengan lebih berkesan.

Sebagai contoh, semasa mengajar topik nombor, saya akan kaitkan dengan bilangan jari, makanan harian atau mainan yang mereka kenali. Untuk topik kebersihan diri pula, saya hubungkan dengan rutin harian seperti mandi, menggosok gigi atau mencuci tangan. Pendekatan ini membolehkan murid lebih mudah memahami isi pelajaran dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Matlamat utama saya adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, bermakna dan memberi kesan positif, sambil membina asas yang kukuh untuk perkembangan akademik dan sahsiah mereka.

Selain itu, saya turut memanfaatkan platform digital selari dengan minat serta gaya pembelajaran kanak-kanak masa kini, seperti penggunaan gajet melalui aplikasi kuiz interaktif seperti Quizizz, Kahoot! dan sebagainya.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Cambridge - Tahun 7 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Cambridge - Tahun 1 Cambridge - Tahun 2 Cambridge - Tahun 3 Cambridge - Tahun 4 Cambridge - Tahun 5 Cambridge - Tahun 6 Cambridge - Tahun 8 Cambridge - Tahun 9 Cambridge - Tahun 10 Cambridge - Tahun 11
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5