Profile Picture

Ahmad Khawarizmy *******

Degree (Non Education Faculty) - BACHELOR OF LAWS (LLB.)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Taiping, Perak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan saya ialah Khawarizmy atau Khawa. Saya tidak mempunyai pengalaman mengajar secara formal, akan tetapi saya mempunyai banyak pengalaman mengajar secara tidak formal. Sebagai contoh, semasa di peringkat sekolah menengah, saya mempunyai pengalaman dilantik menjadi Ketua Guru Muda untuk membimbing dan mengajar rakan-rakan saya bagi pelbagai matapelajaran ketika bersekolah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Peranan guru muda ialah untuk membantu guru-guru membimbing para pelajar, jadi secara tidak langsung saya mempunyai pengalaman yang luas dalam mengajar. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman mengajar pelajar sekolah rendah di peringkat taman/keluarga. Antara subjek subjek utama yang saya ajar ialah subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyah , Bahasa Arab, Matematik dan Bahasa Melayu. Antara kemahiran yang saya milik ialah saya mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan pelajar sekolah sama ada peringkat menengah atau rendah yang baik. Hal ini demikian kerana, saya mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan program dalam kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah. Selain itu, saya juga mempunyai kemahiran dalam memanfaatkan AI dalam pembelajaran untuk memudahkan proses belajar menjadi lebih mudah faham dan efektik. Kejayaan terbaik saya di peringkat sekolah menengah ialah mendapat 11A untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 di SMA Persekutuan Kajang dan mendapat Tokoh Sahsiah dan Korikulum sambil menjawat jawatan Timbalan Ketua Pelajar. Saya berjaya menamatkan Pengajian Asasi Undang-undang CFS UIAM dengan mendapat CGPA 3.79. Pada ketika ini saya berada di semester akhir di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) , UIAM dengan CGPA 3.2 dan juga merupakan pemain ragbi UIAM yang masih aktif.
Teaching Method(s)
Antara teknik menarik yang saya terapkan dalam pembelajaran ialah saya menggunakan teknik peta minda yang akan lebih mudahkan pelajar untuk faham perkara yang dipelajari. Selain itu, saya juga akan mengajar pelajar membuat peta minda dan memastikan mereka dapat memanfaatkan peta minda dalam proses ulangkaji mereka. Selain itu, saya juga menggunakan teknik perumpamaan yang lebih memudahkan pelajar untuk faham terutamanya dalam perkara perkara yang sukit untuk difahami. Selain itu, saya juga menggunakan pendekatan , "two-ways communication" atau hubungan dua hala untuk memastikan para pelajar juga aktif sepanjang proses pembelajaran. Ini juga akan melatih para pelajar supaya berusaha untuk mencari jawapan dan tidak hanya menunggu jawapan. DI samping itu, saya juga menggunakan teknologi seperti aplikasi yang akan memudahkan para pelajar. Saya juga akan mengajar para pelajar cara yang betul untuk menggunakan AI dalam proses pembelajaran dan ulangkaji. Hal ini demikian kerana, penggunaan AI pada era ini adalah sangat penting dan akan memudahkan proses ulangkaji. Untuk mendapatkan skor yang baik, dua elemen perlu ditekankan. Pertama, pelajar perlu membuat persediaan yang baik dari segi nota kerana nota yang mudah difahami dan berguna adalah sangat penting pada detik detik akhir. Selain itu, para pelajar juga perlu dibiasakan dengan teknik menjawab yang betul dan bentuk bentuk soalan dalam peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Mengaji Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa Tadika KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2 KAFA - Darjah 3 KAFA - Darjah 4 KAFA - Darjah 5 KAFA - Darjah 6
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Pendidikan Islam
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
UPKK Ulum syariah - Akidah
Darjah 5
UPKK Ulum syariah - Ibadah
Darjah 5
UPKK Sirah
Darjah 5
UPKK Adab dan Akhlak
Darjah 5
Tilawah Al-Quran
Darjah 5
Tajwid
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa
Mengaji - Al-Quran
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Dewasa