Profile Picture

Nur Hanan *******

Sarjana(master) - Bahasa Arab Komunikasi

Universiti Sains Islam Malaysia (Graduated)

Dengkil, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum, saya Hanan, dan saya sangat sukakan bahasa. Saya pernah mengajar pelajar Pusat Asasi UIA di Gambang. Walaupun pengalaman terhad saya tertumpu kepada pelajar pra-universiti, saya sangat komited dalam membantu pelajar memahami dan menguasai Bahasa Arab. Subjek utama yang saya ajar ialah penulisan asas dalam Bahasa Arab, termasuk kemahiran tatabahasa, struktur ayat, dan pengayaan kosa kata. Saya juga boleh membantu pelajar membina keyakinan dalam komunikasi asas Bahasa Arab. Misi utama saya selain membantu kemahiran pelajar adalah dengan mencetus minat mereka untuk penguasaan bahasa, khususnya bahasa arab, bahasa Quran.
Teaching Method(s)
Saya gemar menggunakan pendekatan interaktif seperti kuiz digital (contohnya Kahoot) dan latihan kreatif untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Saya juga mengutamakan teknik pengulangan dan peta minda bagi memastikan pelajar benar-benar faham konsep yang diajar. Bagi membantu pelajar skor dengan baik, saya fokus kepada latihan berpandukan format peperiksaan, penguasaan kosa kata penting, serta strategi menjawab soalan dengan efektif. Saya percaya suasana pembelajaran yang santai dan mesra mampu meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap Bahasa Arab.
Subject
Subject School Level
Bahasa Arab
Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Asas (Basic)