Profile Picture

Muhammad Haikal *******

Sarjana Muda - Pismp Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Penang (Ongoing Study)

Sungai Jawi, Pulau Pinang

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Muhammad Haikal Bin Abd Rahman, berumur 21 tahun dan merupakan seorang pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGMKTB) dalam jurusan Pengajian Melayu. Saya memilih bidang ini kerana saya amat meminati bahasa Melayu dan berhasrat untuk menyumbang kepada pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan generasi muda.

Sebagai seorang bakal pendidik, saya sangat berminat untuk mengajar kerana saya percaya bahawa proses pengajaran bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, tetapi turut membuka ruang kepada guru untuk memperoleh ilmu pengetahuan baharu secara berterusan. Minat saya dalam bidang pendidikan juga lahir daripada kesedaran bahawa guru memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan pemikiran murid.

Saya komited untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi, berpengetahuan luas, dan sentiasa berusaha meningkatkan mutu pengajaran demi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.
Teaching Method(s)
Saya sentiasa mengamalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dengan memastikan setiap aktiviti PdP melibatkan penglibatan aktif pelajar serta memberi ruang kepada mereka untuk meneroka, berfikir secara kritis dan membina pengetahuan sendiri. Dalam setiap sesi PdP, saya turut menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan menarik, termasuk bahan bercetak, digital serta sumber autentik yang dapat merangsang minat serta meningkatkan kefahaman murid terhadap isi pelajaran.

Matlamat utama saya dalam setiap sesi PdP ialah untuk memastikan murid bukan sahaja menguasai kandungan pembelajaran, tetapi juga membina kemahiran insaniah seperti komunikasi, kolaborasi dan penyelesaian masalah. Saya berhasrat untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif, menyeronokkan dan bermakna agar setiap murid dapat mencapai potensi mereka secara menyeluruh.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4