Profile Picture

Nur Aina *******

Sarjana Muda - Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Seremban, Negeri Sembilan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama mesra saya ialah Aina, seorang pelajar yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Saya berada di Semester 3, Tahun 1, selepas berjaya menamatkan Program Persediaan Ijazah Selama Satu Tahun di institusi yang sama. Alhamdulillah, setiap semester sehingga kini, saya berjaya mengekalkan purata PNGK 3.7 ke atas, hasil usaha konsisten dan sokongan doa daripada ibu bapa serta para pendidik.

Sejak zaman sekolah menengah, saya amat meminati subjek-subjek agama dan sering menunjukkan prestasi cemerlang. Dalam SPM 2022, saya telah memperoleh 10A, termasuk A+ bagi subjek Bahasa Arab, Pendidikan Syariah Islamiah (PSI), dan Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah (PQS). Kejayaan ini menjadi pendorong besar untuk saya terus menyambung pengajian dalam bidang pendidikan Islam, demi mendidik generasi akan datang dengan ilmu yang benar dan akhlak yang mulia.

Semasa di sekolah menengah juga, saya pernah dilantik sebagai guru muda bagi subjek Matematik Tambahan, dan pengalaman ini mengasah bakat saya dalam menyampaikan ilmu secara jelas, sabar, dan berkesan. Saya percaya bahawa seorang guru bukan sekadar menyampaikan pengetahuan, tetapi juga membentuk sahsiah dan nilai murni dalam diri murid.

Selari dengan keperluan pendidikan abad ke-21, saya turut mahir menggunakan peranti digital seperti iPad dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini membantu saya membina bahan bantu mengajar yang interaktif, kreatif dan sesuai dengan gaya pembelajaran pelbagai murid.

Insya-Allah, dengan ilmu, kemahiran dan semangat yang ada, saya berhasrat menjadi seorang guru yang disenangi oleh anak murid, dipercayai oleh ibu bapa, dan mampu menjadi contoh teladan dalam membentuk generasi yang berilmu, beradab dan berakhlak mulia.
Teaching Method(s)
-Penerapan penggunaan bahan digital melalui ipad dan teknik hibrid iaitu secara konvensional dan digital.
Subject
Subject School Level
Pendidikan Islam
Darjah 3 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Arab
Darjah 1 Darjah 2
UPKK Adab dan Akhlak
Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6