Profile Picture

Nur Anis *******

Sarjana Muda - Bahasa Melayu / Pendidikan Islam

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Ulu Kinta, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Saya Anis, tutor mesra untuk murid sekolah rendah. Saya berpengalaman mengajar subjek Bahasa Melayu bagi murid tahap 1 dan tahap 2. Selain itu, saya juga boleh membantu dalam subjek Pendidikan Islam, Sains, dan Sejarah bergantung kepada keperluan pembelajaran anak anda.

Saya seorang yang sabar dan suka gunakan pendekatan interaktif serta aktiviti menyeronokkan supaya murid rasa lebih yakin dan selesa semasa belajar. Fokus saya adalah bantu murid faham topik dengan cara yang paling sesuai dengan tahap mereka.

Walaupun masih baru dalam dunia pendidikan secara rasmi, saya telah menjalani latihan dan praktikum di sekolah rendah melalui pengajian saya di IPG, dan saya biasa menyediakan bahan bantu mengajar kreatif serta merancang PdP yang berstruktur dan berfokuskan murid.
Saya pernah berjaya membantu seorang murid Tahun 2 yang sangat lemah dalam bacaan suku kata tertutup, dan selepas beberapa sesi bimbingan fokus, dia mampu membaca perkataan kompleks dengan lebih lancar.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pembelajaran, saya suka terapkan teknik yang menarik dan menyeronokkan seperti penggunaan bahan bantu mengajar interaktif, aktiviti permainan bahasa, dan video pembelajaran pendek. Saya juga gemar gunakan kaedah bercerita, analogi mudah difahami, serta aktiviti hands-on yang sesuai dengan tahap murid sekolah rendah. Kaedah-kaedah ni bukan saja buat murid lebih fokus, tapi juga bantu mereka rasa seronok dan terlibat secara aktif.

Pendekatan utama saya adalah berpusatkan murid kerana saya percaya setiap pelajar belajar dengan cara yang berbeza. Jadi, saya akan kenal pasti gaya pembelajaran masing-masing sama ada visual, auditori, atau kinestetik. kemudian saya akan sesuaikan kaedah PdP agar lebih berkesan. Saya juga akan pastikan murid benar-benar faham melalui penyoalan semasa, latihan berperingkat, dan bimbingan secara berfasa. Jika pelajar masih keliru, saya akan bantu mereka pecahkan konsep sukar kepada langkah-langkah kecil dengan contoh yang mudah dan relevan.

Untuk bantu pelajar skor dalam peperiksaan, saya ajar mereka teknik skimming dan scanning, cara kenal pasti kata kunci dalam soalan, dan bagaimana nak bina jawapan ikut format sebenar peperiksaan. Saya juga sediakan latihan topikal, latih tubi berdasarkan soalan tahun lepas, serta kuiz gaya santai supaya ulang kaji jadi lebih menyeronokkan. Selain itu, saya beri panduan pengurusan masa semasa menjawab soalan dan tips tulis jawapan berkualiti mengikut markah yang diperuntukkan.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Mengaji
Bahasa Melayu
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
KAFA
Asas (Basic) KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2 KAFA - Darjah 3 KAFA - Darjah 4 KAFA - Darjah 5 KAFA - Darjah 6