Profile Picture

Nadira Binti *******

Sarjana Muda - Robotics dan Information Technology

Universiti Wakayama, Jepun (Ongoing Study)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Nama saya Nadira. Walaupun saya masih baru dalam dunia pengajaran secara rasmi, saya pernah dilantik sebagai guru muda dan mentor kepada rakan-rakan semasa di bangku sekolah, baik secara bersemuka mahupun dalam talian. Kini, saya sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Robotik di Jepun, dan amat berminat untuk membantu pelajar Malaysia mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, khususnya dalam subjek yang mencabar seperti Matematik Tambahan.

Antara pengalaman paling bermakna bagi saya ialah apabila saya berjaya membantu rakan-rakan yang menghadapi kesukaran dalam Matematik Tambahan dan Kimia, sehingga mereka
berjaya lulus dan meningkatkan prestasi akademik mereka. Pengalaman ini memberikan saya kepuasan yang besar dan menyedarkan saya bahawa saya mampu membimbing pelajar memahami sesuatu topik dengan mudah dan berkesan. Saya juga pernah menyertai beberapa pertandingan Matematik di peringkat antarabangsa, yang membantu saya membina minat dan kefahaman lebih mendalam dalam subjek ini.

Saya mengajar pelajar peringkat SPM, terutamanya dalam subjek Matematik Tambahan, dan Matematik.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan pembelajaran yang berfokus kepada latihan soalan sebenar SPM, terutamanya daripada kertas soalan tahun-tahun lepas (past year papers). Tujuan utama adalah untuk membantu pelajar memahami corak soalan, mengenal pasti teknik menjawab yang betul, dan membina keyakinan semasa peperiksaan.
Sepanjang sesi, saya akan pantau dan kenal pasti kelemahan pelajar berdasarkan bahagian soalan yang mereka sukar jawab. Jika pelajar keliru atau masih belum faham asas sesuatu topik, saya akan ajar semula konsep tersebut secara ringkas dan jelas agar mereka benar-benar faham dan tidak hanya menghafal jawapan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5