Profile Picture

Nur Aina *******

Sarjana Muda - Sains Farmasi

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Ongoing Study)

Kepala Batas, Pulau Pinang

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Saya Kak Aina, seorang tutor yang bersemangat dan penyabar dalam membantu anak-anak memahami pelajaran dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Saya berpengalaman membantu dalam sesi tuisyen subjek Sains dan Matematik sekolah rendah selama dua bulan semasa cuti semester, dan kini ingin kembangkan minat ini melalui kelas online.

Saya boleh mengajar subjek Sains, Matematik, Biologi dan Kimia — sesuai untuk pelajar sekolah rendah hingga menengah. Saya rajin menyediakan nota menarik dan suka berkongsi teknik belajar yang mudah difahami. Saya juga percaya bahawa setiap pelajar boleh berjaya dengan bimbingan yang sesuai mengikut tahap mereka.

Sepanjang pengajian, saya telah menerima Anugerah Dekan beberapa kali dan pernah dianugerahkan Pembantu Exco Terbaik ketika aktif dalam kerja berpersatuan. Saya juga pernah menjadi fasilitator semasa sekolah menengah untuk membantu rakan-rakan memahami subjek yang mencabar.

Jika ibu bapa sedang mencari tutor yang sabar, bertanggungjawab dan memahami keperluan anak, saya sedia membantu!
Teaching Method(s)
Dalam kelas saya, saya suka menggunakan pendekatan yang interaktif dan mesra pelajar. Antara teknik yang saya terapkan ialah penyediaan nota yang menarik dan berwarna, penggunaan mnemonik yang mudah diingat (terutamanya untuk subjek Sains dan topik hafalan), serta kuiz interaktif bagi mengukuhkan pemahaman.

Saya juga memberi penekanan kepada teknik latih tubi dan aktiviti uji minda untuk menggalakkan pelajar mengingat kembali topik-topik yang telah dipelajari. Setiap sesi akan disusun secara berperingkat agar pelajar tidak berasa terbeban, dan setiap kemajuan akan dipantau dari semasa ke semasa.

Untuk bantu pelajar skor dengan baik dalam peperiksaan, saya tekankan latihan soalan KBAT, teknik mengenal pasti kata kunci yang diterima dalam jawapan, serta strategi menjawab mengikut format peperiksaan sebenar. Saya juga bantu pelajar merancang jadual belajar mengikut waktu paling sesuai untuk fokus, dan kenal pasti inform
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Kimia
Tingkatan 4 Tingkatan 5