Profile Picture

Nurhidayah

Sarjana Muda - SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH

Universiti Sains Islam Malaysia (Ongoing Study)

Petaling Jaya, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Hidayah. Saya sedang melanjutkan pengajian dalam Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah. Saya yakin boleh mengajar subjek seperti Pendidikan Syariah Islamiah (PSI), Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah (PQS), serta asas Iqra’ berdasarkan pengetahuan dan kefahaman yang kukuh dalam bidang tersebut. Walaupun belum ada pengalaman formal, saya sering membantu rakan-rakan belajar dan saya sangat berminat untuk berkongsi ilmu dengan pelajar lain secara tersusun dan mudah difahami.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran saya, saya mengaplikasikan pelbagai teknik pembelajaran yang interaktif dan mesra pelajar untuk memastikan pemahaman yang lebih mendalam serta menggalakkan penglibatan aktif. Antaranya ialah penggunaan peta minda untuk merangka isi penting secara visual dan penggunaan akronim sebagai alat bantu hafalan, terutamanya bagi pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran visual atau verbal. Selain itu, saya turut menyediakan slaid tambahan yang ringkas dan menarik sebagai bahan sokongan, serta kuiz berkala yang membantu pelajar mengukuhkan apa yang telah mereka pelajari. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan sesi lebih menyeronokkan, malah membantu pelajar membina keyakinan dan meningkatkan prestasi secara berperingkat.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Asas (Basic)
Sejarah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah
Tingkatan 4 Tingkatan 5