Profile Picture

Nur Syaza *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Dengkil, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Cikgu Syaza. Walaupun saya masih belum mempunyai pengalaman rasmi sebagai guru yang berkhidmat, saya merupakan pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan pernah menjalani praktikum di sekolah. Sepanjang tempoh praktikum, saya berpeluang mengendalikan kelas sebenar, menyusun rancangan pengajaran harian, dan mengurus murid dengan pelbagai latar belakang – yang banyak memberi pendedahan dan keyakinan kepada saya sebagai bakal pendidik.

Antara kejayaan terbaik saya setakat ini ialah berjaya membina hubungan yang baik dengan murid semasa praktikum, sehingga mereka berasa selesa untuk belajar dan turut menunjukkan peningkatan dalam penguasaan mata pelajaran. Pengalaman ini meyakinkan saya bahawa keikhlasan dan pendekatan yang sesuai mampu memberi impak yang besar kepada perkembangan murid.
Teaching Method(s)
Antara teknik menarik yang saya gunakan untuk mengajar murid sekolah rendah ialah pembelajaran berasaskan permainan, aktiviti berkumpulan, dan penggunaan bahan bantu mengajar yang kreatif. Saya juga suka gunakan video pendek, kuiz interaktif, serta aktiviti melibatkan pergerakan supaya murid lebih seronok dan fokus ketika belajar.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Foundation Tingkatan 5