Profile Picture

Nur'ain Hannani *******

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Parit Raja, Johor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama diberi Nur'Ain Hannani Binti Helmi dan lebih mesra dipanggil sebagai Cikgu Ain. Saya merupakan lepasan ijazah sarjana muda di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan. Saya telah berpengalaman mengajar semasa saya berpraktikum sebanyak dua kali di IPG iaitu selama 6 bulan. Banyak kejayaan yang telah saya kecapi bermula di IPG dengan menjadi salah seorang daripada ahli jawatankuasa perwakilan pelajar (JPP) dan telah menyertai pelbagai pertandingan sama ada di peringkat kampus, negeri dan kebangsaan. Manakala, kejayaan terbaik di sekolah adalah saya telah mengajar murid dalam aspek 3M (membaca, menulis dan mengira) dan saya telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik dan sesuai dengan minat murid sehinggakan mereka rasa seronok untuk mengikut sesi PdP yang seterusnya.
Teaching Method(s)
Bagi mendekati murid yang pelbagai, saya gunakan pendekatan bermain sambil belajar di mana saya cuba menerapkan keseronokan dalam belajar bagi menarik perhatian murid. Contoh aplikasi yang saya terapkan ialah kahoot!, wordwall, quizziz dan sebagainya. Saya turut mengintegrasikan penggunaan teknologi seperti tayangan video pendek mengikut kesesuaian dengan topik pembelajaran serta pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBL) bagi merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid. Teknik-teknik ini bukan sahaja menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna, malah turut meningkatkan motivasi dan penglibatan murid untuk belajar secara aktif dan berdikari. Saya juga suka mempelbagaikan bahan pembelajaran murid yang lebih ringkas dan menarik dari segi nota dan kerja rumah yang boleh meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu topik dengan lebih mendalam.
Subject
Subject School Level
Matematik
Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Bahasa Melayu
Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Sejarah
Universiti - Ijazah Sarjana Muda