Profile Picture

Aneesa

Sarjana Muda - Bahasa Melayu / Reka Bentuk Teknologi

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim, Johor (Ongoing Study)

Seremban, Negeri Sembilan

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Nama saya Nur Aneesa Khoo dan mesra dipanggil sebagai teacher neesa atau cikgu neesa. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dalam membantu pelajar memahami pelajaran dengan cara yang lebih mudah, menyeronokkan, dan berkesan. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai perbezaan keupayaan. Oleh itu sebagai tutor, saya akan memastikan setiap murid mempunyai potensi untuk cemerlang dengan memberikan bimbingan yang sesuai melalui gaya pembelajaran yang sesuai dengan mereka.

Saya mempunyai minat mendalam dalam dunia pendidikan dan sentiasa berusaha untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih interaktif dan bermakna. Saya lebih gemar untuk menggunakan pelbagai teknik seperti peta minda, latihan berfasa, soalan beraras dan elemen digital untuk memastikan pelajar terlibat secara aktif dan faham isi pelajaran.

Saya juga percaya bahawa sikap positif, kesabaran, dan komunikasi dua hala antara tutor dan pelajar adalah kunci kejayaan dalam proses pembelajaran. Oleh itu, saya sentiasa menggalakkan pelajar saya untuk bertanya, berbincang, dan membina keyakinan diri.

Misi saya sebagai tutor di MyTutor adalah untuk membantu pelajar bukan sahaja lulus peperiksaan, tetapi juga membina kefahaman yang kukuh dan rasa seronok terhadap pembelajaran. Saya menantikan peluang untuk membimbing anda ke arah kejayaan!
Teaching Method(s)
Saya merupakan tutor lepasan SPM yang bergraduasi dari sekolah SMK Seremban 2. Pada tahun 2022-2027 saya melanjutkan pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Institut Pendidikan Guru dalam bidang bahasa Melayu tahun 3 semester 1. Saya juga telah menjalani program praktikum iaitu salah satu kursus wajib dalam pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Saya telah menjadi guru praktikal selama 3 bulan di SK Ngee Heng dan mengajar subjek bahasa Melayu bagi murid tahun 4 serta Reka Bentuk dan Teknologi bagi murid tahun 4 dan tahun 5.

Saya seorang guru yang boleh menerima teguran sekiranya saya melakukan kesalahan. Saya boleh berbincang jika mempunyai masalah dan akan memperbaiki kesalahan saya untuk memastikan anak didik saya mencapai tujuan mereka agar berjaya pada masa hadapan. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.

Melalui pengalaman serta ilmu yang telah diperoleh sepanjang menjadi guru praktikal dan pembelajaran di Institut Pengajian, membolehkan saya untuk menggunakan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai dan menarik untuk murid-murid. Saya akan menerapkan Student-Centered Learning yang akan mengutamakan pembelajaran berpusatkan murid. Pelajar akan didorong untuk menyelesaikan masalah seperti soalan-soalan secara kendiri dan aktif bertanyakan soalan dengan bimbingan guru. Selain itu, saya juga akan menggunakan kaedah berpusatkan bahan iaitu sebagai bahan ransangan kepada murid. Murid-murid terutamanya pelajar sekolah rendah lebih cenderung untuk memahami pembelajaran yang mempunyai bahan ransangan. Seterusnya, saya juga akan menyediakan bahan pengajaran seperti slaid pembelajaran, bahan bantu belajar yang menarik untuk menarik minat dan fokus murid semasa pengajaran dijalankan. Kebiasannya, saya sering memberikan tugasan kepada murid selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai pengukuhan pemahan murid dalam topik yang dipelajari.

Semoga dengan kepelbagaian kaedah dan teknik yang diterapkan dapat membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran atau dapat memberikan kecermelangan yang konsisten. Jom bertutor dengan saya!
Subject
Subject School Level
Matematik
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Geografi
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5