Profile Picture

Nurul Salwani

Diploma Pascasiswazah - Sains Pentadbiran

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Padang Serai, Kedah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Cikgu Wani dan saya merupakan seorang tutor sambilan yang berdedikasi dan penyayang. Saya mempunyai pengalaman mengajar murid sekolah rendah, sekolah menengah dan tadika serta menjadi tutor peribadi (one-to-one).

Saya berpengalaman mengajar subjek Sejarah dan Reka Bentuk & Teknologi (RBT) bagi pelajar sekolah menengah, serta juga mengajar pelajar prasekolah dalam asas membaca, menulis dan mengira.

Saya mahir dalam membina bahan bantu mengajar yang interaktif, bersesuaian dengan tahap pelajar. Kejayaan terbaik saya adalah apabila pelajar bimbingan saya yang sebelum ini lemah berjaya menunjukkan peningkatan dalam kefahaman dan keyakinan diri, malah menunjukkan peningkatan prestasi dalam peperiksaan.
Teaching Method(s)
Saya mengamalkan pelbagai teknik menarik dalam sesi pembelajaran seperti permainan interaktif, penggunaan kad imbas digital, bahan bantu mengajar yang menarik dan aktiviti hands-on bagi memastikan pelajar tidak cepat bosan.

Saya menyesuaikan pendekatan mengikut tahap dan gaya pembelajaran pelajar—sama ada visual, auditori atau kinestetik.

Untuk membantu pelajar skor dengan baik, saya akan membimbing mereka dengan teknik menjawab soalan, latihan ulangkaji berfokus dan tips penting yang sesuai dengan format peperiksaan semasa.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sejarah
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5