Profile Picture

Nur Ameera *******

Sarjana Muda - Business Administration

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Ongoing Study)

Wakaf Bharu, Kelantan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilam adalah Ameera.
Saya mempunyai pengalaman mengajar selama dua tahun sebagai sukarelawan untuk pelajar sekolah rendah daripada golongan B40 di bawah satu program komuniti.

Saya berpengalaman mengajar pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Subjek utama mengajar adalah Matematik sekolah rendah, Perniagaan dan Ekonomi.

Subjek tambahan pula adalah Sejarah, Pendidikan Islam, Fardhu Ain.
Saya berkebolehan menjelaskan konsep dengan cara yang mudah difahami. Selain itu, mampu mengendalikan kelas secara interaktif dan menyeronokkan serta mahir membimbing pelajar menjawab soalan mengikut format peperiksaan. Latar belakang sekolah agama saya juga dapat mengukuhkan pengajaran subjek Pendidikan Islam.

Kejayaan terbaik saya ialah berjaya memperoleh keputusan A secara konsisten bagi subjek Perniagaan dan Ekonomi semasa di matrikulasi. Pencapaian ini menjadi bukti kepada minat dan penguasaan saya dalam bidang tersebut serta mendorong saya untuk berkongsi ilmu dengan pelajar lain.
Teaching Method(s)
Saya sering menggabungkan aktiviti pembelajaran dengan permainan minda, kuiz interaktif dan latihan bagi memastikan pelajar aktif serta lebih mudah memahami topik yang diajar.
Saya menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan contoh kehidupan seharian supaya pelajar dapat mengaitkan teori dengan situasi sebenar. Selain itu, saya juga menggunakan peta minda, nota ringkas dan sesi soal jawab untuk mengukuhkan pengetahuan.
Saya memberi pendedahan kepada pelajar dengan pelbagai jenis kertas soalan peperiksaan lepas serta melatih mereka dengan strategi menjawab yang berkesan. Saya juga memberi tip pengurusan masa semasa peperiksaan dan membantu mereka mengenal pasti corak soalan penting.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Ekonomi
Tingkatan 4
Perniagaan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
UPKK
KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2 KAFA - Darjah 3 KAFA - Darjah 4 KAFA - Darjah 5