Profile Picture

Sainie Jasmie

Sarjana Muda - IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya mempunyai pengalaman dua kali menjalani praktikum mengajar subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Bahasa Melayu, dan Pendidikan Seni Visual. Selain itu, saya berpengalaman mengajar teknik membaca fonik Bahasa Melayu kepada murid prasekolah. Saya juga pernah menjadi guru ganti bagi mata pelajaran Sejarah serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di SMK (P) Methodist Kuala Lumpur, iaitu sekolah tempat saya menjalani praktikum. Antara kenangan paling bermakna ialah ketika tiga orang murid Tingkatan 4 yang saya ajar dalam subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif berjaya mendapat gred A, sekali gus memastikan semua murid lulus dan mencatat pencapaian tertinggi di sekolah. Bagi subjek Bahasa Melayu, seramai empat murid Tingkatan 2 yang saya ajar turut memperoleh gred A dalam peperiksaan penggal pertama.
Teaching Method(s)
Saya mengamalkan kaedah pengajaran interaktif dan berpusatkan murid dengan menggabungkan:
1. Pendekatan fonik untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan cepat dan tepat.
2. Latihan berfokus seperti soalan berformat peperiksaan bagi meningkatkan prestasi akademik.
3. Penggunaan bahan bantu mengajar kreatif seperti peta minda, kad imbas, dan aktiviti permainan bahasa untuk menggalakkan minat belajar.
4. Pembelajaran berasaskan pengalaman dengan mengaitkan topik pelajaran kepada situasi kehidupan sebenar supaya mudah difahami dan diingati.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sejarah
Tingkatan 2 Tingkatan 4
Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Tingkatan 4 Tingkatan 5