Profile Picture

Edlyn Arissa *******

Sarjana Muda - Laws

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Ongoing Study)

Sentul, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan hi!
Saya Edlyn 😊 Saya kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang. Di samping itu, saya juga mengajar murid sekolah rendah (Tahun 3–6) serta pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 bagi subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sejarah dan Sains.

Bagi saya, peringkat sekolah rendah dan menengah rendah sangat penting kerana di sinilah asas pembelajaran anak-anak dibina. Jadi, dalam setiap kelas, saya cuba pastikan pembelajaran bukan sahaja mudah difahami, tetapi juga menyeronokkan melalui aktiviti, perbincangan dan latihan yang sesuai dengan tahap mereka.

Matlamat saya adalah untuk membantu anak-anak belajar dengan lebih yakin, memahami pelajaran dengan lebih jelas, dan membina keyakinan diri sedikit demi sedikit. Sekiranya tuan/puan sedang mencari bimbingan tambahan untuk anak dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sejarah atau Sains, saya dengan berbesar hati sedia membantu 🌱
Teaching Method(s)
1. Interactive Learning
Kelas dibuat lebih santai dengan aktiviti, permainan dan role-play supaya pelajar lebih fokus dan seronok belajar.

2. Storytelling & Contoh Harian
Saya guna cerita, situasi harian atau video ringkas supaya pelajar mudah faham dan boleh kaitkan pelajaran dengan kehidupan sebenar.

3. Bimbingan Langkah demi Langkah
Setiap topik diajar secara perlahan dan berperingkat ikut tahap pelajar sampai mereka betul-betul yakin.

4. Perbincangan & Soal Jawab
Pelajar digalakkan bertanya dan berkongsi idea untuk bina keyakinan dan kemahiran berkomunikasi.

5. Visual, Latihan & Ulangan
Penggunaan visual, latihan ringkas dan ulangan membantu mengukuhkan pemahaman dan asas pelajaran.

6. Galakan Positif & Pendekatan Peribadi
Setiap pelajar diajar ikut gaya dan kemampuan masing-masing dengan sokongan dan galakan berterusan.
Rating & Review

Tuan Mohd Azme

Bahasa Inggeris

Terbaik

Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Bahasa Inggeris
Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Sains
Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 3