Profile Picture

Nur Munawwarah *******

Sarjana Muda - BACHELOR OF COMPUTER ENGINEERING TECHNOLOGY (COMPUTER SYSTEMS)

Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT) (Ongoing Study)

Klang, Selangor

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hi, boleh panggil saya Muna. Saya seorang yang mesra, penyabar dan sentiasa cuba mewujudkan suasana yang positif ketika bersama anak-anak. Saya percaya setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan dan cara pembelajaran yang berbeza. Bagi saya, tugas seorang pendidik bukan sekadar mengajar, tetapi juga memberi galakan, sokongan emosi, dan membina keyakinan diri anak-anak.

Saya amat berbangga apabila dapat melihat perubahan kecil pada murid-murid, seperti mereka lebih berani bertanya soalan, lebih yakin untuk mencuba, atau sekadar tersenyum gembira ketika memahami sesuatu pelajaran. Bagi saya, itulah kejayaan sebenar – bila anak-anak bukan sahaja belajar, tetapi juga merasa dihargai, disayangi, dan bersemangat untuk terus menimba ilmu. Saya juga percaya komunikasi yang baik dengan ibu bapa sangat penting, kerana bersama-sama kita boleh membantu anak-anak mencapai potensi terbaik mereka.
Teaching Method(s)
Dalam pengajaran, saya suka menggunakan kaedah yang menyeronokkan, mudah difahami dan sesuai dengan tahap anak-anak. Antara pendekatan yang sering saya gunakan ialah Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-Based Learning), di mana anak-anak digalakkan untuk berfikir, bertanya dan mencari penyelesaian sendiri. Ini membantu mereka menjadi lebih kreatif dan berani mencuba.

Selain itu, saya juga gemar menggunakan Pembelajaran Melalui Permainan (Game-Based Learning). Bagi saya, bermain adalah cara terbaik untuk anak-anak belajar kerana ia menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan, santai dan bermakna. Apabila anak-anak seronok, mereka lebih mudah fokus, cepat faham dan lebih lama mengingati apa yang dipelajari.

Saya sentiasa berusaha untuk menjadikan setiap sesi pembelajaran penuh dengan aktiviti menarik, interaktif dan menyeronokkan. Matlamat saya ialah memastikan anak-anak bukan sahaja mencapai kejayaan akademik, tetapi juga membina keyakinan, semangat ingin tahu, serta sikap positif terhadap pembelajaran sepanjang hayat.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Mengaji
Matematik
Asas (Basic) Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5