Profile Picture

Shahnaz Binti *******

Sarjana Muda - Antropologi dan Sosiologi

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Lahat, Perak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan hai! Saya Shahnaz, boleh juga panggil saya Miss Sha/Teacher Sha :) Saya merupakan seorang graduan asasi UiTM Dengkil, mengambil jurusan TESL (Teaching English as a Second Language}, sebelum menyambung pelajaran ke Universiti Malaya. Setelah selesai asasi, saya menjadikan TESL sebagai salah satu pilihan untuk menyambung pelajaran bagi peringkat sarjana muda, namun tiada rezeki saya pada waktu itu. Asas dan pengetahuan yang saya dapat sewaktu menjadi pelajar asasi TESL di UiTM saya kira cukup untuk dikongsi bagi memberi manfaat kepada orang lain.

Sewaktu di sekolah dan universiti, saya giat melibatkan diri dalam pertandingan dan acara berasaskan bahasa inggeris. Sebagai contoh, public speaking dan debat ala parlimen di mana saya telah memenangi pertandingan debat Bahasa Inggeris dan turut menjadi pendebat terbaik peringkat daerah pada waktu itu. Saya turut dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi subjek Bahasa Inggeris bagi setiap peperiksaan, pada setiap tahun. Saya juga menjadi penterjemah esei dan tugasan universiti di mana saya memeriksa dan membetulkan tatabahasa (Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan sebaliknya), selain menjadi pengacara majlis untuk beberapa acara dalam Bahasa Inggeris.

Fakta menarik mengenai saya - Saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di IPG bagi jurusan TESL juga, tetapi saya telah menolak tawaran tersebut untuk mengejar cita-cita saya menjejakkan kaki di Universiti Malaya.
Teaching Method(s)
Teknik:
- Personalized learning: ikut tahap murid, fokus pada kelemahan (grammar, writing, speaking).
- Latihan interaktif: speaking practice 1-to-1, short dialogues, games vocabulary.
- Reading aloud dengan feedback sebutan.

Pendekatan pemahaman:
- Terangkan konsep dengan contoh mudah & visual.
- Latihan intensif tatabahasa melalui ayat sebenar, bukan teori semata.
- Latih writing step-by-step: idea → rangka → ayat → semak.

Teknik skor baik:
- Drill latihan format peperiksaan (pemahaman, penulisan, tatabahasa).
- Ajarkan keyword spotting dalam comprehension.
- Buat bank kosa kata peribadi (vocab list) & gunakan dalam karangan.
- Latihan speaking & writing pendek setiap sesi supaya konsisten.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris
Darjah 6 Darjah 5 Tingkatan 1
Bahasa Inggeris
Tingkatan 1 Darjah 6 Darjah 5