Profile Picture

Nurul Asyiqin *******

Sarjana Muda - Pendidikan Muzik

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Temerloh, Pahang

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
1. Apakah nama panggilan mesra anda?
Nama panggilan mesra saya ialah Cikgu Iqien.

2. Berapa lama pengalaman mengajar anda jika ada?
Dari segi pengalaman, saya pernah menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) dan menjadi guru relief selama 2 minggu di dua buah sekolah berbeza. Walaupun tempohnya singkat, pengalaman tersebut banyak membantu saya memahami suasana pembelajaran sebenar serta cara berinteraksi dengan murid.

3. Kejayaan terbaik yang pernah anda capai?
Kejayaan terbaik saya ialah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM sehingga melayakkan saya melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG). Sejak itu, saya konsisten mengekalkan prestasi akademik yang baik dengan pencapaian pointer yang memberangsangkan pada setiap semester. Bagi saya, ia mencerminkan kesungguhan dan komitmen saya dalam bidang pendidikan.
Teaching Method(s)
Dalam pembelajaran, saya gemar menerapkan pelbagai teknik yang menarik dan interaktif agar murid lebih bermotivasi untuk belajar. Antara teknik yang sering saya gunakan ialah pendekatan Didik Hibur, iaitu kaedah pengajaran yang menggabungkan elemen hiburan seperti nyanyian, permainan bahasa dan lakonan untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan dan tidak membosankan. Teknik ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid serta memudahkan pemahaman konsep yang diajar.

Selain itu, saya juga menggunakan pembelajaran berasaskan digital dengan mengintegrasikan aplikasi seperti Kahoot!, Quizizz, dan Google Classroom bagi mencipta suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan sesuai dengan gaya pembelajaran generasi kini. Melalui penggunaan teknologi, murid dapat belajar secara lebih visual dan aktif, di samping membina kemahiran abad ke-21 seperti kolaborasi dan pemikiran kritikal.

Saya percaya bahawa gabungan pendekatan tradisional dan digital mampu menghasilkan pengalaman pembelajaran yang seimbang, menyeronokkan, dan berkesan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sejarah
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6