Profile Picture

Puteri Nor *******

Doktor Falsafah(phd) - Fiizik Perubatan

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Graduated)

Bemban, Melaka

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan saya ialah Puteri. Saya pernah menjadi guru praktikal selama 3 bulan dan mengajar subjek Matematik dan Fizik Tingkatan 4. Saya juga berpengalaman menjadi tutor persendirian dalam tempoh lebih kurang 2 tahun dengan mengajar subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Sains. Kejayaan terbaik ialah memperoleh Sijil Doktor Falsafah dalam bidang Fizik Perubatan.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan pendekatan berpusatkan murid dengan menggalakkn murid untuk menerangkan semula konsep dengan bahasa sendiri. Saya juga menggunakan kaedah visual seperti grafik, animasi atau simulasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Saya juga menerapkan pembelajaran kontekstual dengan mengaitkan sesuatu topik atau konsep dalam kehidupan seharian. Untuk subjek Matematik saya selalunya akan menunjukkan cara pengiraan yang jelas dari mudah ke lebih kompleks. Saya juga akan memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba sendiri sebelum dibimbing. Untuk pelajar DLP, saya menggunakan pendekatan dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris). Pendekatan ini menjadikan kelas lebih interaktif, mudah difahami dan relevan dengan dunia sebenar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mathematics DLP
Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5