Profile Picture

Yusuf Bin *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Komunikasi Antarapersonal

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Subang Jaya, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya mesra dipanggil Ucop, mempunyai 2 tahun pengalaman mengajar di sekolah rendah dan menengah dengan tumpuan pada Sains dan Matematik, serta menyokong pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kepakaran saya merangkumi pengajaran berbeza (differentiated instruction), pengurusan kelas dan KBAT, reka bentuk penilaian serta analisis data asas untuk intervensi murid, penggunaan teknologi pendidikan (Google Classroom/Forms/Slides, Microsoft Office, Kahoot/Quizizz), komunikasi dan fasilitasi aktiviti kumpulan, sokongan psikososial asas, pengurusan program dan dokumentasi, serta penghasilan bahan bantu mengajar visual. Antara pencapaian saya ialah peningkatan konsisten keputusan ujian kelas, penghasilan nota/slid/kuiz interaktif yang boleh dikongsi, mengacarakan program dalaman (emcee/pengucapan awam), menyelaras klinik Matematik pra-peperiksaan, memperkukuh kerjasama ibu bapa–guru melalui maklum balas berkala, serta menceburi pelbagai bidang di peringkat pejabat termasuk tugas pentadbiran, penyediaan dokumen dan koordinasi aktiviti yang memantapkan fleksibiliti serta kecekapan saya sebagai pendidik dan penyelaras.
Teaching Method(s)
Saya mengajar Sains & Matematik dengan pendekatan yang menyeronokkan tetapi berstruktur: bermula dengan kisah atau situasi harian untuk “hook”, diikuti aktiviti Predict–Observe–Explain, gamifikasi, dan station rotation supaya semua murid aktif. Untuk kefahaman mendalam, saya gunakan Concrete–Pictorial–Abstract (CPA), I do → We do → You do dan rangka 5E—Engage: rangsang minat dengan soalan provokatif/fenomena harian; Explore: aktiviti hands-on berkumpulan, mengumpul data dan mencuba idea; Explain: memformalkan konsep dengan contoh CPA, perbincangan berpandu dan nota anchor yang jelas; Elaborate: aplikasi pada situasi baharu/KBAT, integrasi seni visual (infografik/model) dan kaitan dunia sebenar; Evaluate: semakan formatif (mini whiteboard, exit ticket, kuiz pantas), rubrik ringkas dan refleksi supaya jurang difahami awal. Pembelajaran diulang secara berjarak (retrieval practice) dan dibezakan mengikut tahap murid. Bagi skor peperiksaan, saya latih teknik R-U-F-A (baca data–formula–jawapan + unit), kerangka huraian PEEL, pengurusan masa (1 markah ≈ 1 minit), dan “bank kesilapan” untuk elak kehilangan markah kecil. Eksperimen kos rendah dijalankan secara selamat, dan ibu bapa menerima maklum balas ringkas beserta cadangan latihan di rumah. Kaedah ini konsisten membantu peningkatan prestasi kelas saya.
3. Teknik ulang kaji & “exam-oriented practice”
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5