Profile Picture

Wan Nur *******

Sarjana Muda - IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM(DAKWAH)

Universiti Sultan Zainal Abidin (Batu Buruk) (Graduated)

Jerteh, Terengganu

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah fatin. Saya tidak mempunyai pengalaman mengajar secara rasmi tapi saya pernah membuat latihan ilmiah atau internship di pejabat pendidikan daerah Besut dan saya banyak mengikuti pegawai PPd dalam mengadakan banyak program pendidikan di sekolah menengah. Kejayaan terbaik yang pernah saya capai ialah dalam menjayakan program ilmiah anjuran universiti kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu. Subjek utama yang saya ajar adalah sejarah kerana ia merupakan subjek kegemaran saya sejak dari sekolah menengah lagi dan saya juga boleh mengajar subjek tambahan lain seperti sains, pendidikan Islam dan bahasa melayu. Kemahiran khusus yang saya miliki antaranya kemahiran dalam menggunakan teknologi pendidikan seperti menggunakan aplikasi seperti power point, Google classroom, quizz dan sebagainya. Selain itu, saya menerapkan beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar untuk memahami sejarah dengan ringkas melalui nota cepat faham. Kejayaan yang saya pernah capai adalah melaksanakan banyak program pendidikan, program kecemerlangan, program motivasi di sekolah rendah dan menengah.
Teaching Method(s)
Dalam proses pengajaran, saya boleh menerapkan pelbagai teknik menarik seperti pembelajaran berasaskan projek, permainan interaktif, penggunaan teknologi digital dan aktiviti kolaboratif bagi meningkatkan minat pelajar. Selain itu, Pendekatan yang digunakan pula adalah dengan mengaitkan isi pelajaran dengan situasi harian, memberi penerangan yang jelas, serta menggunakan kaedah inkuiri supaya pelajar lebih mudah memahami ilmu yang dipelajari. Bagi memastikan pelajar dapat skor dengan baik, saya menekankan teknik ulangkaji berfokus, latihan berterusan, penggunaan peta minda, nota cepat faham(Nota kaedah Mnemonik) serta pembelajaran berbentuk kuiz dan soalan latih tubi yang membantu mereka menguasai topik dengan lebih mendalam.
Subject
Subject School Level
Sains
Tingkatan 2 Darjah 6
Pendidikan Islam
Tingkatan 2
Sejarah
Tingkatan 2
Prasekolah - 3M
Darjah 1 Tadika