Profile Picture

Hana Bt *******

Sarjana Muda - Bachelor of Business Administration (Hons) Islamic Banking

Universiti Teknologi MARA (Segamat) (Graduated)

Kota Bharu, Kelantan

Tutor Training

Training Pendidikan Agama Islam Sek Menengah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan boleh panggil Cikgu Hana, graduan dalam bidang perakaunan dan kini bekerja dalam pengurusan kewangan dan sedang menyambung pengajian DPLI. Walaupun tiada pengalaman formal sebagai guru, saya sering membantu rakan dan adik-beradik memahami subjek Akaun, khususnya untuk SPM. Minat saya bermula sejak sekolah menengah apabila saya memperoleh A dalam Prinsip Perakaunan.

Saya juga aktif dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi Persatuan Mahasiswa Islam di universiti dan kini terlibat dalam penganjuran program ceramah dan kerohanian di tempat kerja. Selain itu, saya mengajar kelas mengaji online untuk semua peringkat umur, yang banyak membentuk kesabaran dan pendekatan fleksibel dalam pengajaran.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan pembelajaran yang interaktif seperti penggunaan nota berwarna, latihan pengukuhan, teknik analogi dalam penerangan konsep, serta sesi soal jawab dua hala bagi memudahkan pemahaman teori. Saya juga kaitkan topik dengan situasi sebenar serta selitkan kuiz interaktif dan santai. Pendekatan saya fleksibel mengikut gaya pembelajaran dan kemampuan pelajar, dengan memberi ruang kepada mereka bertanya dan berdialog. Objektif saya ialah memastikan ilmu yang disampaikan mudah difahami, menyentuh hati dan memberi kesan positi dalam pembelajaran pelajar
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Mengaji
Pendidikan Islam
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran
Mengaji