Profile Picture

Masyitah Zuhairah *******

Sarjana Muda - Ekonomi (Kewangan Islam)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Ketereh, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan Islam) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, saya merupakan lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta berlatarbelakangkan aliran Ekonomi dan Prinsip Perakaunan semasa peringkat SPM di sebuah sekolah Maahad di Kelantan. Latar pendidikan ini telah memberikan asas yang kukuh dalam bidang ekonomi dan syariah, sekaligus mengukuhkan minat saya dalam bidang kewangan Islam.

Sepanjang tempoh pengajian di universiti, saya telah memperoleh pengalaman mengajar secara sambilan selama 6 bulan. Saya berpeluang mengajar Al-Quran dan Iqra’ kepada kanak-kanak, selain turut diberi kepercayaan untuk mengajar subjek Prinsip Perakaunan kepada pelajar sekolah menengah.

Pengalaman ini telah membantu saya mengasah kemahiran komunikasi, memperkukuh teknik penyampaian secara berkesan, serta membolehkan saya menyesuaikan pendekatan pengajaran mengikut keperluan dan tahap pemahaman setiap pelajar.
Teaching Method(s)
Saya mengutamakan pendekatan visual dalam pengajaran, seperti penggunaan papan putih dan bahan bantu mengajar untuk memudahkan pemahaman. Saya juga gemar menggunakan contoh dunia sebenar, terutamanya dalam subjek Prinsip Perakaunan, bagi membantu pelajar mengaitkan teori dengan situasi sebenar. Pendekatan saya bersifat interaktif, berperingkat, dan disesuaikan mengikut tahap kefahaman pelajar.
Subject
Subject School Level
Prinsip Perakaunan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Ekonomi
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran
Pertengahan (Intermediate)