Profile Picture

Nur Khadijah *******

Degree (Education Faculty) - Bachelor of Education in Information Technology with Honors

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Cyberjaya, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

PKSK & UKKM

Introduction To Cambridge

Motivation In Education

Personality & MI Fundamentals

Online Class Preparation

Training Matematik Sek Menengah Bawah

UPSI

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Cikgu Khadijah. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat (Kepujian) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan CGPA 3.80 dan konsisten dalam Senarai Dekan. Saya mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru pelatih di Sekolah Seri Puteri (SMBP), Cyberjaya bagi subjek Asas Sains Komputer dan Reka Bentuk Teknologi yang merangkumi kemahiran digital dan asas pengaturcaraan.

Saya mengajar di peringkat sekolah menengah dan fokus kepada subjek berkaitan Teknologi Maklumat, Asas Sains Komputer serta kemahiran ICT. Selain itu, saya juga mahir dalam pembangunan sistem berasaskan web menggunakan PHP, SQL, HTML, CSS dan JavaScript serta penggunaan WordPress.

Sepanjang pengajian, saya telah menghasilkan projek sistem pengurusan soalan peperiksaan (ExamQuest) yang memenangi Anugerah Emas dan Best Programme dalam Projek Tahun Akhir 2025. Saya seorang yang sabar, berdedikasi dan komited untuk membantu pelajar memahami konsep secara jelas dan praktikal.
Teaching Method(s)
Saya mengamalkan pendekatan pembelajaran yang interaktif, berpusatkan pelajar dan berasaskan aplikasi dunia sebenar. Dalam kelas, saya menggunakan pelbagai platform digital seperti Canva, WordWall, Kahoot! dan Blooket bagi menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami.

Saya menerapkan kaedah:
- Pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning) supaya pelajar dapat menghasilkan produk sebenar seperti sistem atau laman web ringkas.
- Latihan berperingkat (scaffold learning) untuk memastikan pelajar memahami konsep asas sebelum ke tahap lebih tinggi.
- Latih tubi berfokus dan teknik menjawab soalan bagi membantu pelajar meningkatkan markah peperiksaan.
- Pendekatan hands-on dan praktikal terutamanya dalam topik pengaturcaraan dan kemahiran digital.

Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi tersendiri, dan menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing mereka dengan sabar sehingga benar-benar faham.
Subject
Subject School Level
Reka Bentuk dan Teknologi
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Ekonomi
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Asas Sains Komputer
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains Komputer
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Komputer
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pengajian Perniagaan
STPM - Tingkatan 6