Profile Picture

Nurhanisah Aqilah *******

Sarjana Muda - Ekonomi

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Kota Bharu, Kelantan

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

Training Motivation In Education

Training Personality Test & Multiple Intelligence

Training Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya meminati bidang pengajaran kerana saya suka komunikasi dan interaksi bersama kanak-kanak serta remaja. Bagi saya, proses mengajar bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga peluang untuk membina keyakinan, menanam minat, dan memberi inspirasi kepada pelajar. Kejayaan terbaik saya dalam pelajaran ialah menjadi pelajar terbaik dalam kelas semasa tingkatan 4 dan 5, jadi saya sentiasa menjadi tempat pertanyaan berkaitan mata pelajaran yang tidak difahami oleh kawan-kawan saya terutama subjek yang melibatkan pengiraan seperti matematik, perakaunan dan ekonomi.

Selain itu, saya juga berpengalaman mengajar beberapa orang murid yang kurang mahir dalam mata pelajaran tertentu. Saya belajar bahawa setiap pelajar mempunyai tahap kefahaman yang berbeza. Oleh itu, saya akan menyediakan bahan/teknik yang bersesuaian dengan murid. Jadi, saya yakin saya boleh mengajar dengan baik serta memberi penerangan yang mampu difahami oleh pelajar.
Teaching Method(s)
Teknik-teknik yang bakal saya gunakan ialah pembelajaran interaktif, dimana saya akan melibatkan pelajar dalam aktiviti semasa pembelajaran seperti bermain kuiz secara langsung, soal jawab secara langsung dan tinjauan pendapat semasa pembelajaran. Teknik ini akan membantu saya mengenal pasti tahap pemahaman pelajar dan membantu saya menyediakan bahan/cara yang bersesuaian untuk meningkatkan prestasi pelajar. Seterusnya, saya juga akan menggunakan teknik contoh dan mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan supaya pelajar senang memahami perkara yang diajar dengan jelas.
Rating & Review

Zazila Ismail

Matematik

Alhamdulillah anak faham apa yang diajar oleh cikgu

Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Ekonomi
Tingkatan 4 Tingkatan 5