Profile Picture

Nur Ain *******

Diploma / Stpm - Diploma in office management

Universiti Teknologi MARA (Alor Gajah) (Ongoing Study)

Tapah, Perak

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

Training PKSK & UKKM

Training Introduction To Cambridge

Training Motivation In Education

Training Online Class Preparation

Verified Profile

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai, saya Ain, seorang tutor yang berdedikasi untuk membantu anak-anak sekolah rendah menguasai subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Saya percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi tersendiri, cuma perlu diberikan cara pembelajaran yang sesuai dan suasana belajar yang positif.Sejak mula mengajar, saya perasan ramai pelajar bukan tak pandai, tetapi cepat hilang minat sebab rasa subjek susah dan bosan. Sebab itu, pendekatan saya lebih kepada menjadikan pembelajaran mudah difahami, menyeronokkan, dan relevan dengan kehidupan harian anak-anak. Saya juga seorang yang penyabar, mesra, dan memahami gaya belajar berbeza setiap anak murid.

Why Choose Me?
✔️ Saya sabar & memahami tahap anak yang berbeza
✔️ Suasana pembelajaran santai tetapi berkesan
✔️ Fokus bukan sekadar akademik, tetapi juga keyakinan diri anak
✔️ Kaedah fleksibel ikut keperluan individu (lembut untuk anak pemalu, tegas bila perlu untuk anak yang susah fokus)
✔️ Membantu anak mengatasi kelemahan subjek yang mereka anggap paling susah
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah pengajaran yang fleksibel, berfokus, dan disesuaikan dengan tahap pelajar. Antara teknik yang saya gunakan ialah:

Pendekatan Step by Step – mengajar daripada asas sehingga anak betul-betul faham sebelum bergerak ke topik seterusnya.

Latihan Berperingkat – soalan dari mudah hingga susah untuk bina keyakinan anak secara konsisten.

Nota Ringkas & Kreatif – memudahkan anak mengingat formula, isi penting, dan kata kunci.

Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan – anak didedahkan dengan bentuk soalan sebenar untuk biasakan diri dengan peperiksaan.

Pembelajaran Santai tapi Fokus – suasana kelas yang tidak tegang, supaya anak berani bertanya dan lebih cepat faham.

Interaktif & Dua Hala – saya galakkan anak berbincang, memberi pendapat, dan bertanya supaya mereka lebih yakin.

Laporan Kemajuan kepada Parents – setiap perkembangan akan dikongsi supaya ibu bapa tahu perubahan anak dari masa ke masa.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 5