Profile Picture

Siti Nur *******

Sarjana Muda - Pendidikan awal kanak kanak

Universiti Selangor (Bestari Jaya) (Ongoing Study)

Klang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Wawa. Saya mempunyai pengalaman mengajar di tadika dan prasekolah, serta pernah mengajar kanak-kanak berusia antara 7 hingga 9 tahun. Saya pernah berkhidmat selama 3 bulan di Tadika Dzul Iman, menjalani praktikum pertama di taska selama 2 bulan, dan praktikum kedua di prasekolah selama 2 bulan.

Subjek utama yang saya ajar ialah Bahasa Melayu, manakala subjek tambahan yang saya boleh ajar ialah Jawi dan Matematik asas.

Saya juga mempunyai beberapa kemahiran khusus, antaranya kemahiran komunikasi yang baik dengan kanak-kanak, kesabaran yang tinggi dalam membimbing pelajar mengikut tahap perkembangan mereka, serta kebolehan menggunakan teknik interaktif seperti lagu, permainan pendidikan, dan aktiviti berkumpulan untuk menarik minat pelajar.

Kejayaan terbaik yang pernah saya capai ialah apabila saya berjaya mengendalikan kelas dengan baik sepanjang praktikum, di mana pelajar dapat memberi kerjasama, menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran, dan saya sendiri menerima maklum balas positif daripada guru pembimbing serta ibu bapa pelajar.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik pembelajaran yang menarik seperti penggunaan lagu, permainan pendidikan, aktiviti berkumpulan dan bahan visual, di samping menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dengan memberi penerangan ringkas, contoh mudah serta menggalakkan soal jawab agar pelajar lebih faham, dan pada masa yang sama saya turut mengajar mereka teknik menjawab soalan mengikut format peperiksaan, membuat ulang kaji secara konsisten serta membina nota ringkas supaya dapat memperoleh skor yang baik.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Jawi
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3