Profile Picture

Nor Najma *******

Sarjana Muda - Biomedical Electronic Engineering

Universiti Malaysia Perlis (Arau) (Graduated)

Temerloh, Pahang

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Najma. Saya pernah berkhidmat sebagai guru ganti di sekolah rendah selama dua bulan. Sepanjang tempoh tersebut, saya mengajar murid Tahun 1 dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, serta murid Tahun 2 dan Tahun 6 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Selain itu, saya juga pernah membantu ahli keluarga dalam pembelajaran santai, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Walaupun saya tidak mempunyai subjek utama yang diajar, saya lebih selesa untuk membantu dalam mata pelajaran Matematik.

Antara kejayaan terbaik saya ialah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan baik, serta dapat membantu pelajar memperoleh markah yang baik sepanjang pengalaman saya sebagai guru ganti.
Teaching Method(s)
Teknik menarik yang saya terapkan dalam pembelajaran ialah dengan menggunakan bahan bantu mengajar kreatif seperti gambar bagi menarik minat murid. Selain itu, saya turut mengadakan aktiviti pembelajaran berasaskan permainan seperti Bingo untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan.

Saya juga menggunakan teknologi interaktif seperti Kahoot dan Quizizz untuk sesi ulang kaji agar pelajar lebih terlibat secara aktif. Di samping itu, saya sentiasa memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya dan akan menerangkan semula sehingga mereka benar-benar memahami topik yang diajar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 5 Darjah 6 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Tingkatan 4
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6