Profile Picture

Nurul Nur *******

Diploma Pascasiswazah - Engineering Technology in Electromechanical System

Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) (Graduated)

Puchong, Selangor

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

Training Matematik Sek Menengah Bawah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya dikenali dengan panggilan mesra Cikgu Shafidah oleh para pelajar. Saya mempunyai pengalaman mengajar hampir setahun lebih dalam bidang pendidikan, merangkumi beberapa subjek.

Saya pernah mengajar Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 4 hingga 6 di sekolah rendah selama 3 bulan, sebelum meluaskan pengalaman dengan mengajar Matematik Tingkatan 1 hingga 3 dan Geografi Tingkatan 1 dan 2 hampir setahun.

Antara pencapaian terbaik yang saya rasai sepanjang menjadi pendidik ialah apabila pelajar saya yang dahulunya kurang yakin dalam subjek Matematik, akhirnya mampu menjawab soalan dengan lebih baik dan menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara. Bagi saya, kejayaan sebenar adalah apabila pelajar seronok belajar serta semakin yakin dengan diri mereka.

Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi tersendiri, dan sebagai tutor saya akan berusaha memberikan bimbingan yang mesra, mudah difahami serta sesuai dengan gaya pembelajaran masing-masing.
Teaching Method(s)
Sebagai tutor, saya percaya setiap pelajar boleh berjaya dengan pendekatan yang sesuai. Oleh itu, saya menggunakan beberapa teknik pembelajaran menarik seperti:

๐Ÿ“˜ Pembelajaran Berasaskan Masalah โ€“ kaitkan topik Matematik & Geografi dengan situasi harian.
๐ŸŽจ Nota Visual & Peta Minda โ€“ guna warna, carta, dan gambar untuk memudahkan ingatan.
๐Ÿงฉ Latihan Bertahap โ€“ pecahkan konsep sukar kepada langkah kecil dan mudah difahami.
๐ŸŽฎ Kuiz & Aktiviti Interaktif โ€“ gunakan permainan pendidikan seperti Quizizz & Kahoot untuk suasana lebih seronok.
๐Ÿ“– Cerita & Analogi โ€“ terangkan konsep melalui kisah dan contoh kehidupan seharian.
๐Ÿค Kolaboratif & Perbincangan โ€“ libatkan pelajar untuk terangkan jawapan, supaya lebih yakin.
๐ŸŒŸ Motivasi & Galakan โ€“ setiap kejayaan kecil diraikan dengan pujian supaya pelajar terus bersemangat.

Dengan teknik ini, saya berusaha menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan, mudah difahami dan meningkatkan keyakinan pelajar. ๐ŸŒท
Subject
Subject School Level
Matematik
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Reka Bentuk dan Teknologi
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Geografi
Tingkatan 1 Tingkatan 2