Profile Picture

Muhammad Danish *******

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Seremban, Negeri Sembilan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Danish. Saya merupakan seorang guru pelatih yang sedang menimba pengalaman dalam dunia pendidikan, khususnya di peringkat sekolah rendah. Walaupun masih dalam fasa latihan, saya telah memperoleh pengalaman melalui praktikum, microteaching, serta pelbagai aktiviti latihan di IPG. Subjek utama yang saya ajar ialah Bahasa Melayu, manakala subjek tambahan yang pernah saya kendalikan termasuklah Sejarah dan Pendidikan Kesihatan, khususnya melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum seperti Kelab Doktor Muda. Antara kemahiran khusus yang saya miliki ialah kebolehan menggunakan teknologi dalam PdP, penghasilan bahan bantu mengajar yang kreatif, serta kemahiran komunikasi yang baik untuk menyampaikan ilmu dengan jelas. Kejayaan terbaik yang pernah saya capai setakat ini ialah membangunkan projek modul PdP inovatif seperti Cakap Pintar dan Lampu Penentu Kebebasan yang berfokus kepada kemahiran abad ke-21 dan berjaya diaplikasikan dalam pembelajaran murid tahap 2.
Teaching Method(s)
Dari segi kaedah pengajaran, saya sering mengutamakan teknik yang menarik dan menyeronokkan bagi menarik minat murid. Antara teknik yang saya gunakan termasuklah permainan pendidikan, aktiviti interaktif seperti role play, kad situasi, teka-teki logik, dan juga penggunaan bahan digital. Untuk memastikan murid benar-benar memahami ilmu yang diajar, saya mengamalkan pendekatan konstruktivisme, pembelajaran berpusatkan murid (PAK21), serta kaedah bertahap bermula daripada penerangan asas sehinggalah murid dapat mengaplikasikan pengetahuan secara kendiri. Selain itu, saya turut membimbing murid dengan teknik belajar yang membantu mereka untuk skor dengan baik, seperti latih tubi soalan KBAT, penggunaan peta i-Think, kaedah mnemonik serta kata kunci, dan sesi refleksi atau ulang kaji yang berbentuk ringkas tetapi menyeronokkan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1
Sejarah
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Reka Bentuk dan Teknologi
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6