Profile Picture

Noor Idayu *******

Diploma (Education Faculty) - Major- matematik, Minor-multimedia interaktif

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Graduated)

Alor Setar, Kedah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Cikgu Idayu, seorang guru pelatih yang baru menamatkan praktikum. Saya seorang yang bersemangat untuk berkongsi ilmu dan memberikan pengajaran terbaik kepada pelajar kerana mengajar merupakan minat dan panggilan jiwa saya. Sepanjang praktikum, saya telah memperoleh banyak pengalaman berharga dalam mengendalikan kelas, berkomunikasi dengan pelajar serta memahami tanggungjawab sebenar seorang pendidik. Saya juga sentiasa berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan agar pelajar lebih mudah memahami pelajaran. Saya berharap dapat menjadi seorang guru yang mampu membimbing, memberi inspirasi dan membantu pelajar mencapai kejayaan.
Teaching Method(s)
Dalam pengajaran, saya menerapkan pelbagai teknik pembelajaran yang menarik seperti penggunaan bahan interaktif melalui Canva dan kuiz digital, pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning), serta aktiviti kolaboratif yang melibatkan pelajar secara aktif. Saya juga gemar mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar agar pelajar lebih mudah memahami dan mengingati konsep yang diajar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5