Profile Picture

Muhammad Fahmi *******

Degree (Non Education Faculty) - Sains Dengan Kepujian Matematik

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Graduated)

Ketereh, Kelantan

Tutor Training

Training Matematik Sek Menengah Bawah

Training Matematik Sek Menengah Atas

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mesra dan dikenali sebagai Sir Fahmi !! Saya merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Dengan Kepujian) Matematik dari UiTM Kampus Puncak Alam.

Saya mempunyai pengalaman mengajar melalui praktikum selama tiga bulan di SMK Raja Mahadi, Klang serta sebagai tutor di sebuah pusat tuisyen di Pasir Mas. Saya pernah mengajar pelajar sekolah rendah (Tahun 1 dan Tahun 6) serta sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3). Pengkhususan saya adalah dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan bagi semua tahap, dan saya juga berkeupayaan mengajar subjek Fizik. Kekuatan utama saya ialah kebolehan menerangkan asas sesuatu topik dengan jelas dan terperinci, kerana saya percaya asas yang kukuh mampu melahirkan pelajar yang cemerlang, ibarat sebuah rumah yang dibina dengan asas yang kuat walaupun berada di tepi pantai, tetap mampu bertahan menghadapi cabaran.

Saya seorang yang mesra, sabar dan berhemah dalam pengajaran, serta sentiasa memastikan murid benar-benar memahami sesuatu topik sebelum meneruskan pembelajaran. Sepanjang praktikum, saya memperoleh keputusan cemerlang dan menerima pujian daripada mentor atas keupayaan membimbing pelajar yang agak perlahan sehingga mereka mampu memahami pelajaran dengan lebih baik.
Teaching Method(s)
Saya menggalakkan pelajar membuat soal jawab secara aktif dan menggunakan contoh real-life agar mereka dapat kaitkan konsep dengan situasi sebenar. Teknik ini membantu mengurangkan rasa bosan dan meningkatkan minat pelajar terhadap subjek. Saya juga suka sering menerapkan pengajaran secara "Two-Ways Communication" kerana saya ingin melatih pelajar saya untuk bercakap sekaligus meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi dan memberikan jawapan. Dengan menggunakan teknik ini, saya boleh menilai tahap pemahaman pelajar sewaktu saya mengajar.

Saya menerapkan pendekatan ‘scaffolded learning’ iaitu membina kefahaman secara berperingkat bermula daripada konsep asas sebelum ke topik yang lebih kompleks. Saya juga kerap menggunakan soalan refleksi dan ulasan bersama pelajar untuk memastikan mereka benar-benar faham. Selain itu, saya memberi latihan bertahap dari mudah ke sukar dan menyediakan ulangan ringkas pada setiap sesi untuk mengukuhkan ingatan pelajar.

Saya menekankan pentingnya pemahaman konsep, bukan hanya hafalan, supaya pelajar dapat menjawab soalan dengan tepat walaupun dalam bentuk soalan yang berbeza. Saya juga mengajar teknik menjawab soalan seperti membaca soalan dengan teliti, mengenal pasti kata kunci, dan melakar penyelesaian terlebih dahulu. Selain itu, saya menyediakan latihan soalan peperiksaan sebenar dan soalan KBAT agar pelajar lebih bersedia menghadapi pelbagai jenis soalan dan dapat mengurus masa dengan baik semasa peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mathematics DLP
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Fizik DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5