Profile Picture

Muhammad Aqil *******

Sarjana Muda - Bachelor in Aviation Power Plants

Moscow Aviation Institute (Graduated)

Subang Jaya, Selangor

Tutor Training

Training Matematik Sek Menengah Atas

Verified Profile

Featured Tutor

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hi, nama saya Aqil, seorang graduan kelulusan 'Bachelor of Aviation Power Plants' dari 'Moscow Aviation Institute'. Semenjak SPM 2019, saya mengenal pasti bahawa metod bagi belajar yang paling berkesan pada saya adalah dengan mengajar. Dari 2019 lagi, saya telah melibatkan diri dalam aktiviti 'mentorship' dan juga mengajar pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah luar sekitar Kuantan di bawah Program Pintar Harapan@KPLB 2019. Kesannya, dengan mengajar saya peroleh kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu subjek, juga membantu saya mengolah konsep pembelajaran supaya lebih mudah difahami dan mesra kepada semua tahap pelajar. Subjek- subjek utama yang saya ajar adalah Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik. Disamping itu, saya juga memperoleh pengalaman kepimpinan yang luas, memboleh kan saya memperkukuh kemahiran komunikasi dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Saya percaya pengalaman-pengalaman ini amat penting bagi membolehkan saya membimbing pelajar dengan berkesan dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif.
Teaching Method(s)
Kebiasaannya, saya akan mengajar sehingga pelajar benar-benar memahami sesuatu konsep dan mampu menerangkannya semula kepada sesiapa sahaja, termasuk kepada saya sendiri. Dalam proses pengajaran, saya sering menggunakan analogi bagi membantu pelajar memahami dengan lebih jelas apa yang sedang mereka lakukan.

Selain itu, terutamanya dalam subjek Matematik, saya menekankan aplikasi dan implikasi konsep dalam dunia sebenar supaya pelajar memahami kepentingan topik tersebut serta meningkatkan minat mereka untuk belajar. Saya juga melatih pelajar dengan teknik mencongak dalam Matematik, kerana saya menyedari bahawa salah satu kelemahan utama pelajar ialah pengurusan masa. Kemahiran mental math amat berguna untuk membantu pelajar menyemak jawapan dengan lebih pantas dan yakin semasa peperiksaan.
Rating & Review

Puan Raja Emelia

Matematik Tambahan

Assalamualaikum Cikgu Aqil.. Terima Kasih atas usaha Cikgu mengajar anak saya Add maths. Eusoff puas hati dan faham dgn penjelasan yg diberikan sewaktu Kelas. Saya harap dgn bantuan Cikgu Aqil, Eusoff dapat menguasai Add Maths dgn cemerlang. Aamiin

Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Fizik DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5