Profile Picture

Khairudin Helmy *******

Sarjana Muda - Sains dengan Pendidikan (Fizik)

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Graduated)

Kulai Jaya, Johor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Khai dan murid-murid sering memanggil saya Cikgu Khai. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 3 tahu. Saya pernah berkhidmat sebagai guru pelatih di sebuah sekolah menengah di Johor dan kini saya berkhidmat sebagai guru di sebuah pusat tuisyen. Subjek utama yang saya ajar ialah Fizik. Selain itu, saya juga boleh mengajar subjek Matematik, Matematik tambahan dan Sains. Kemahiran khusus yang saya miliki ialah penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti simulasi. Saya juga mahir dalam pengajaran secara dalam talian. Antara kejayaan yang saya capai ialah Gold Award bagi International Competition on Science Learning Innovation (ICoSLI 2024) dan International Competition on Mathematics and Science Learning Innovation (ICoMSLI 2023).
Teaching Method(s)
Saya menerapkan pelbagai teknik menarik seperti pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Hal ini demikian kerana saya percaya bahawa murid lebih menguasai jika membina pengetahuan mereka sendiri dan guru bertindak sebagai pemudah cara. Saya juga menitik beratkan penggunaan teknologi seperti simulasi kerana terdapat konsep yang abstrak di dalam Fizik atau Sains yang tidak dapat digambarkan dalam dunia nyata. Selain itum saya juga akan memastikan setiap topik yang diajar dikaitkan dengan situasi kehidupan agar lebih mudah difahami. Aktiviti dan latihan yang diberi pula akan disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar supaya dapat meningkatkan kefahaman murid daripada konsep yang mudah sehingga kompleks. Bagi murid yang dalam persediaan menghadapi peperiksaan seperti SPM, saya akan fokus kepada latih tubi soalan-soalan format terkini SPM supaya pelajar dapat membiasakan diri dalam teknik dalam menjawab soalan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Fizik DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5