Profile Picture

Sadina Shazwani *******

Sarjana(master) - Master of Science in Chemistry

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kuantan) (Graduated)

Kajang, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Saya Cikgu Sad, seorang tutor yang berpengalaman selama 4 tahun dalam mengajar pelajar dari pelbagai peringkat — sekolah rendah hingga ke pra-universiti. Saya pernah membimbing pelajar daripada pelbagai latar belakang termasuk Melayu, Cina dan India, dan percaya bahawa setiap pelajar mempunyai cara belajar yang unik.

Saya mengajar subjek Matematik, Sains dan Kimia, dengan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan, mudah difahami, dan disesuaikan mengikut tahap pelajar. Antara pencapaian yang paling membanggakan ialah dapat menyiapkan research master saya dalam masa setahun menunjukkan sikap kesungguhan saya dalam membuat sesuatu perkara.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran, saya menggabungkan beberapa teknik pembelajaran yang terbukti berkesan untuk membantu pelajar memahami dan menguasai sesuatu topik dengan lebih mendalam.

Antara pendekatan utama saya ialah:

Teknik Spiral – di mana topik-topik diajar secara berperingkat dan berulang, sambil menambah tahap kesukaran setiap kali. Setiap sesi saya akan masukkan sedikit soalan² dari topik yang lepas dan kemudian sambung topik yang baru

Pembelajaran Aktif – saya galakkan pelajar terlibat secara aktif dalam kelas melalui latihan an kuiz. Modul yang disediakan mengandungi nota² dan latihan berdasarkan format peperiksaan supaya pelajar terbiasa dengan peperiksaan. Kuiz juga diadakan mengikut supaya pelajar tidak 'nervous' dalam peperiksaan yang juga ada masa perlu dipatuhi

Teknik Soalan Balas (Socratic Questioning) – saya sering menggunakan soalan-soalan yang mencabar pemikiran untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kritikal dan mencari jawapan sendiri.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 6
Sains
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Kimia DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Matrikulasi Foundation IGCSE
Kimia
Tingkatan 4 Tingkatan 5