Profile Picture

Luqman Hakim *******

Sarjana Muda - Pentadbiran Perniagaan

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Graduated)

Batu, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
“Belajar dengan tenang, faham dengan yakin bersama Sir Luqman.”

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Sir Luqman, seorang guru yang ceria, santai dan sukakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Saya berpengalaman mengajar di dua buah sekolah agama serta kelas tuisyen untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Subjek utama saya ialah
1. Pendidikan Islam
2. Bahasa Melayu
Subjek tambahan termasuk Sains, Sejarah, Perniagaan dan Tasawwur Islam.

Saya menggunakan pendekatan kreatif, interaktif dan berasaskan teknologi supaya pelajar lebih mudah faham dan lebih selesa untuk belajar khususnya subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Pengalaman saya sebagai jurulatih bola sepak sekolah membantu saya memahami potensi setiap pelajar. Saya percaya setiap anak mempunyai kelebihan tersendiri, dan tugas saya ialah membimbing mereka untuk menyerlahkan prestasi terbaik.

Antara kejayaan saya ialah membantu pelajar kelas terakhir Tahun 4 meningkatkan prestasi hingga setaraf dengan kelas pertama dalam subjek Pendidikan Islam.
Teaching Method(s)
Metod yang saya praktikkan dalam PDP ialah dengan "story telling". Saya mempunyai humor dan pengetahuan yang relevan dengan murid sekolah di mana ini sangat penting dalam menyampaikan pengajaran. Selain itu, saya mengamalkan sesi kebebasan bertanya dan interaksi antara 2 pihak, di mana ini akan menentukan tahap kefahaman prestasi murid. Saya juga akan menerangkan teknik jawapan yang menepati kemahuan soalan kerana ramai pelajar yang faham topik tapi tidak tahu cara untuk menterjemahkan kefahamannya di atas kertas.

Secara singkatnya PDP akan fokus kepada:
1. Storytelling
2. Soal Jawab (Kefahaman)
3. Quiz (Praktikal)
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Tadika Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Tadika Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Perniagaan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Tasawwur Islam
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Tajwid
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
KAFA
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6