Profile Picture

Nurul Iman *******

Sarjana Muda - Bahasa Melayu SK

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Kota Bharu, Kelantan

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan saya ialah Iman dan saya masih bergelar pelajar atau siswa guru tahun 4 (tahun akhir) di salah sebuah Institut Pendidikan Guru. Saya sedang melanjutkan pembelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi kursus Bahasa Melayu Sekolah Rendah (SK). Saya telah memiliki pengalama mengajar di beberapa buah sekolah rendah iaitu ketika menjalani praktikum selama beberapa bulan dan mata pelajaran utama yang diajar ialah Bahasa Melayu dan diikuti dengan subjek tambahan seperti Reka Bentuk dan Teknologi. Sepanjang berada dan merasai sendiri dunia pendidikan, kemahiran khusus yang saya miliki ialah menyesuaikan dari segi teknik atau strategi pengajaran supaya selari dengan pedagogi terbeza pelajar di dalam bilik darjah di samping memastikan apa yang disampaikan sama seperti apa yang diterima dan difahami oleh murid. Kejayaan terbaik yang pernah dicapai adalah apabila sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu di sekolah rendah bagi tahun 5 mendapat pujian kerana kawalan kelas, pemilihan topik, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan dicalonkan sebagai calon rentas praktikum untuk subjek BM oleh pensyarah penyelia saya.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang selalu diaplikasikan oleh saya semasa mengajar ialah belajar sambil bermain di mana saya tidak menekankan sepenuhnya untuk murid merujuk buku atau melakukan latihan sehingga tamat tempoh pengajaran sebaliknya saya akan selitkan dengan pelbagai teknik pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan seperti kuiz dalam talian, permainan pembelajaran, dan penggunaan video atau ilustrasi visual. Ini menunjukkan pengajaran saya tidak berpusatkan murid sepenuhnya tetapi berpusatkan murid dan juga bahan.Saya juga memulakan dengan mengenal pasti gaya pembelajaran mereka sama ada visual, auditori, atau kinestetik. Saya akan pecahkan topik yang kompleks kepada langkah-langkah kecil (subtopik) dan menggunakan analogi atau contoh dari kehidupan seharian murid untuk memudahkan pemahaman mereka. Saya juga menggalakkan pelajar untuk bertanya dan mengulang semula apa yang mereka faham menggunakan kata-kata mereka sendiri bagi memastikan pemahaman benar-benar berlaku.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 3 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5