Profile Picture

Juhajliza Binti *******

Sarjana Muda - Bachelor business administration (Accounting)

Universiti Tun Abdul Razak (Graduated)

George Town, Pulau Pinang

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Cikgu Liza. Saya ingin menjadi seorang tutor yang berdedikasi ketika mengajar. Subjek Bahasa Melayu, Bahasa English dan 3M (membaca, menulis & mengira) merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Sains dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul mengikut silibus terkini menjadikan saya seorang tutor yang mampu melahirkan pelajar cemerlang. Saya juga berkemahiran dalam bidang akauntan dan mempunyai sijil ijazah business administration (accounting). Selain itu, saya mampu meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar kerana berpengalaman menjadi fasilitator dan ahli perwakilan pelajar ketika zaman pengajian. Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi unik dan memerlukan pendekatan yang sesuai untuk membantu mereka berjaya. Mengajar bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga membina keyakinan dan semangat belajar.
Teaching Method(s)
Saya yakin mampu mengajar dengan berkesan berdasarkan kemahiran komunikasi yang saya miliki. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan menerapkan pelbagai teknik menarik yang disesuaikan mengikut tahap keupayaan pelajar. Antaranya termasuklah penggunaan teknik didik Personalized Learningsetiap pelajar berbeza. Saya sesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap kefahaman dan gaya pembelajaran pelajar sama ada visual, audio, atau hands-on.

Interactive & Engaging saya gemar menggunakan soalan, perbincangan dua hala, permainan pendidikan, dan latihan berfokus untuk elakkan pelajar bosan. Step-by-step Guidance saya ajar secara berperingkat, dari asas hingga mahir. Ulangkaji dan latihan dibuat agar pelajar faham sebelum bergerak ke topik seterusnya. Encouraging Environment saya wujudkan suasana pembelajaran yang selesa & positif, supaya pelajar tak malu bertanya dan lebih yakin untuk belajar. Focus on Exam Techniques selain pemahaman, saya juga tekankan teknik menjawab soalan dan latihan format peperiksaan sebenar untuk bantu pelajar skor lebih baik.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Sains
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6