Profile Picture

Shamini A/p *******

Sarjana Muda - SARJANA MUDA DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang (Graduated)

Port Dickson, Negeri Sembilan

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Cikgu Sha. Saya berpengalaman mengajar di sekolah rendah selama 8 tahun. Saya mengajar subjek Matematik di Sekolah Rendah Kebangsaan. Saya mengajar subjek RBT sebagai subjek tambahan. Saya memiliki kemahiran khusus dalam menyampaikan konsep Matematik secara jelas dan mudah difahami, menggunakan teknologi pendidikan serta menganalisis data pembelajaran murid untuk merancang intervensi yang berkesan. Saya juga mahir menyediakan RPH yang selaras dengan DSKP serta membina bahan bantu mengajar yang menarik. Antara kejayaan terbaik saya ialah membantu meningkatkan prestasi Matematik murid melalui pendekatan pengajaran yang interaktif, selain membimbing murid mencapai keputusan yang baik dalam pentaksiran. Saya turut menghasilkan bahan pengajaran sendiri dan mendapat maklum balas positif daripada murid serta ibu bapa.
Teaching Method(s)
Dalam PdP Matematik, saya menerapkan teknik-teknik menarik seperti penggunaan bahan manipulatif, permainan pembelajaran, dan aplikasi digital untuk membantu murid memahami konsep dengan lebih jelas. Saya juga menggunakan pendekatan penerangan langkah demi langkah, memberi contoh situasi sebenar, serta menyediakan latihan bertahap bagi memastikan setiap murid benar-benar menguasai topik yang diajar. Untuk membantu murid skor dengan baik, saya menekankan teknik menjawab soalan seperti mengenal pasti kata kunci, mengikut prosedur penyelesaian yang sistematik, serta membuat latihan pengukuhan yang konsisten agar mereka lebih yakin semasa menjawab soalan peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 5 Darjah 6
Mathematics DLP
Darjah 5 Darjah 6