Profile Picture

Nurul Elynna *******

Sarjana Muda - IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA

Universiti Selangor (Bestari Jaya) (Ongoing Study)

Puncak Alam, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya dikenali dengan panggilan mesra Cik Ely dan mempunyai pengalaman mengajar selama hampir setahun semasa menjalani latihan praktikum di sekolah menengah. Saya berpengalaman mengajar Bahasa Inggeris sebagai subjek utama serta aktiviti kokurikulum Bahasa Inggeris sebagai subjek tambahan. Saya memiliki kemahiran dalam komunikasi berkesan, penggunaan ICT dalam PdPc seperti Canva, Kahoot dan Google Classroom, serta reka bentuk aktiviti pembelajaran interaktif berasaskan lagu dan filem. Antara kejayaan terbaik saya ialah berjaya meningkatkan minat dan penyertaan murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris melalui projek “English Song Project”, di mana murid menghasilkan poster dan lirik lagu mereka sendiri secara kreatif.
Teaching Method(s)
Antara teknik menarik yang saya terapkan dalam pembelajaran ialah penggunaan lagu, filem, permainan bahasa, aktiviti kumpulan, serta pendekatan Total Physical Response (TPR) yang melibatkan pergerakan fizikal bagi membantu murid memahami dan mengingat kosa kata dengan lebih berkesan. Saya juga menggabungkan pendekatan berpusatkan murid seperti Communicative Language Teaching dan Task-Based Learning bagi memastikan setiap murid terlibat secara aktif dan memahami ilmu yang diajar melalui tugasan autentik serta komunikasi sebenar. Untuk membantu pelajar mendapat skor dengan baik, saya menekankan latihan berstruktur, drill soalan peperiksaan sebenar, peta minda kosa kata, dan strategi menjawab soalan mengikut format, supaya mereka lebih bersedia, fokus, dan yakin ketika menghadapi peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris
Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Tadika Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1