Profile Picture

Nursyazwani Binti *******

Sarjana Muda - Pendidikan islam

Open University Malaysia (Ongoing Study)

Setiawangsa, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Cikgu Syaz. Saya merupakan seorang home tutor sepenuh masa dengan pengalaman mengajar kurang daripada satu tahun. Walaupun saya tidak mengajar di sekolah, saya aktif mengendalikan sesi pembelajaran secara bersemuka dan dalam talian. Subjek utama yang saya ajar ialah Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Islam, bacaan Iqra’ dan mengaji al-Quran. Dari segi kemahiran, saya mahir menggunakan Canva bagi menyediakan bahan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Antara kejayaan terbaik saya ialah berjaya membantu pelajar yang lemah dalam subjek Matematik, Bahasa melayu dan bacaan al-Quran/Iqra menunjukkan peningkatan ketara melalui pendekatan pengajaran yang sabar, fleksibel dan menyeronokkan.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan bagi menarik minat pelajar. Antara kaedah yang saya terapkan ialah penggunaan bahan visual melalui Canva, latihan berperingkat mengikut tahap pelajar, dan aktiviti berbentuk permainan pendidikan. Saya juga menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar, memastikan setiap pelajar diajar mengikut kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.

Untuk memastikan pelajar benar-benar memahami topik yang diajar, saya banyak menggunakan contoh situasi harian, mengulangi konsep asas, serta memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya. Bagi membantu pelajar mendapat skor yang baik, saya menekankan latihan berterusan, ulang kaji berkala, dan teknik menjawab soalan dengan tepat dan pantas.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 6
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Mengaji - Al-Quran
Tadika Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 6
Prasekolah - 3M
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6