Profile Picture

Muhammad Nadzmi *******

Diploma Pascasiswazah - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Bahau, Negeri Sembilan

Institut Perguruan

Tutor Training

Training Sejarah SPM

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Boleh panggil saya Cikgu Nadzmi. Saya baru sahaja menamatkan pengajian saya dalam kursus Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jadi pengalaman mengajar saya tidak banyak kerana saya baru sahaja bergraduat tetapi ilmu saya tentang pendidikan sangat kukuh dan kuat. Semasa saya menjalani latihan mengajar, saya mengajar di Sekolah Menengah (SMK). Saya mengajar subjek Sejarah Tingkatan 1 dan 2. Subjek utama saya ialah Sejarah dan subjek-subjek tambahan ialah Bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan. Ekonomi, Prinsip Akaun, Fizik dan Kimia. Kemahiran khusus yang saya miliki adalah bijak dalam menggunakan pembelajaran PAK21 seperti penggunaan digital seperti Quiziz, Canva, Google Classroom, Coogle dan Kahoot. Saya juga minat mempersembahkan set induksi yang dapat menarik minat murid dalam kelas. Kejayaan terbaik yang pernah saya capai setakat ini adalah dapat menamatkan kursus pengajian pendidikan saya dengan cemerlang iaitu mendapat CGPA 3.86.
Teaching Method(s)
Teknik yang menarik saya terapkan dalam pembelajaran khususnya subjek Sejarah adalah teknik penceritaan yang menarik untuk meningkatkan kefahaman murid. Saya juga banyak menggunakan teknik kaedah akronim dalam membantu murid mengingat fakta sejarah. Dalam menjawab soalan KBAT saya juga menggunakan kaedah PES, DDBUS dan KEMPUNAN. Pendekatan yang akan saya lakukan supaya murid memahami apa yang diajar adalah saya akan meminta murid membuat pembentangan menceritakan kembali isi pembelajaran pada hari tersebut. Teknik yang akan saya ajar untuk murid skor dengan baik adalah membuat soalan-soalan tahun lepas, membuat latih tubi bagi soalan objektf dan banyak membuat nota ringkas dan menarik untuk memudahkan murid mengingati fakta.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sejarah
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3