Profile Picture

Farzana Binti *******

Sarjana Muda - Bacelor Of Science Education (Hons.) Biology

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Ongoing Study)

Kemaman, Terengganu

Tutor Training

Training Sains Sek Rendah

Training Sains Sek Menengah

Training Introduction To Cambridge

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Farzana dan mesra dipanggil Miss Ana. Saya merupakan pelajar ijazah sarjana muda tahun akhir Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Pendidikan Sains (Biologi). Saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan dan amat meminati proses membantu pelajar memahami subjek Matematik dan Sains dengan lebih mudah dan berkesan.

Saya mempunyai pengalaman mengajar sebagai personal tutor semasa cuti semester, guru ganti, serta guru praktikal di sekolah menengah (SMK). Melalui pengalaman ini, saya telah mengajar pelajar daripada pelbagai latar belakang dan tahap kebolehan, sekali gus membantu saya memahami keperluan pembelajaran yang berbeza bagi setiap pelajar.

Subjek utama yang saya ajar ketika disekolah ialah Matematik dan Sains, saya juga boleh mengajar subjek Biologi kerana Biologi merupakan subjek teras saya. Antara kemahiran khusus yang saya miliki ialah kebolehan untuk menerangkan konsep yang rumit dengan cara yang mudah difahami, penggunaan bahan bantu mengajar yang kreatif, serta keupayaan membina hubungan yang baik dengan pelajar.

Kejayaan terbaik saya setakat ini adalah berjaya membantu pelajar yang lemah dalam asas Matematik dan Sains untuk memahami konsep dengan lebih baik, seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam ujian dan peperiksaan. Saya juga berjaya meningkatkan keyakinan pelajar yang sebelum ini kurang berminat terhadap subjek ini untuk menjadi lebih aktif dan bersemangat dalam kelas.

Saya seorang yang sabar, berdedikasi, mudah didekati dan komited dalam memastikan setiap pelajar mendapat bimbingan yang terbaik dalam pembelajaran mereka
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan pembelajaran interaktif, menyeronokkan dan berpusatkan pelajar bagi memastikan pelajar benar-benar memahami setiap topik yang diajar. Antara teknik yang saya gunakan ialah:

1. Gamification (Pembelajaran Berasaskan Permainan)

Saya mengintegrasikan elemen permainan seperti kuiz interaktif, pertandingan mini, sistem markah, ganjaran dan cabaran mingguan untuk meningkatkan minat dan fokus pelajar dalam kelas.

2. Visual & Multimedia Learning

Saya menggunakan gambar rajah, peta minda, carta, video animasi dan slaid menarik bagi membantu pelajar memahami konsep Matematik dan Sains yang abstrak dengan lebih mudah.

3. Teknik “Step-by-Step” & Latihan Berperingkat

Untuk Matematik, saya mengajar pelajar secara langkah demi langkah serta menyediakan latihan daripada tahap asas ke tahap lebih mencabar bagi membina kefahaman dan keyakinan mereka secara berperingkat.

4. Active Questioning & Discussion

Saya menggalakkan sesi soal jawab dan perbincangan aktif supaya pelajar berani bertanya serta dapat mengukuhkan pemahaman mereka terhadap topik yang dipelajari.

5. Personalised Learning (Pembelajaran Ikut Keperluan Pelajar)

Saya sentiasa mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar, lalu menyesuaikan cara pengajaran mengikut tahap dan gaya pembelajaran mereka.

Melalui gabungan teknik-teknik ini, saya berusaha mewujudkan suasana kelas yang positif, efektif dan menyeronokkan agar pelajar bukan sahaja memahami pelajaran, tetapi juga lebih yakin dan bermotivasi untuk belajar
Subject
Subject School Level
Matematik
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Membaca B. Melayu
Tadika
Sains
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Biologi
Asas (Basic) Tingkatan 4 Tingkatan 5